Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah satu dokumen yang diiktiraf dan dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia.
Namun berapa ramai netizen di Malaysia yang tahu SKM ada berapa tahap-tahapnya?
Jadi harapan kami, marilah sama-sama menjelaskan di peringkat awal berkenaan apa yang terdapat dalam pengambilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
Agar lebih ramai anak-anak bangsa yang terkandas dalam bidang akademik dapat melangkah lebih jauh dan secara tak langsung dapat diselamatkan.
Senarai tahap-tahap Sijil Kemahiran Malaysia (SKM),
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1
Pada tahap 1 pelatih akan dilatih di peringkat asas iaitu Peringkat Operasi dan Pengeluaran.
Tempoh latihan diberikan adalah selama 6 bulan.
Pelatih boleh melanjutkan latihan ke peringkat seterusnya iaitu SKM Tahap 2.
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 juga masih diperingkat asas, Peringkat Operasi dan Pengeluaran.
Tempoh latihan juga diberikan selama 6 bulan.
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
Untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3, pelatih perlu menamatkan latihan tahap sebelumnya iaitu SKM Tahap 2.
Di tahap ini, pelatih akan dilatih dalam Penyeliaan.
Tempoh latihan di tahap 3 ini adalah selama 1 tahun.
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 ini adalah peringkat yang lebih tinggi dalam tahap-tahap kepakaran pelatih-pelatih.
Masih dalam peringkat Penyeliaan tetapi lebih kepada peringkat tinggi.
Tempoh latihan DKM Tahap 4 adalah selama 1 tahun.
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5
Pada tahap Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) ini sudah memasuki peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat Pengurusan.
Tempoh latihan dalam tahap ini adalah selama 1 tahun setengah.
Kelebihan 5 Tahap Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Jika pelatih berjaya menjalani sehingga ke tahap tertinggi iaitu DLKM Tahap 5, sudah berbaloi untuk mempunyai kerjaya yang cemerlang.
Sebenarnya jika mengikut carta alir tahap-tahap Persijilan Kemahiran Malaysia, pelatih boleh menuntut ilmu sehingga MTM Tahap 8 iaitu peringkat Malaysian Skills Technology.
Dilihat dari sudut masa depannya maka boleh dikatakan bidang kemahiran semakin mendapat tempat di hati pelatih yang merebut peluang yang semakin lumayan.
Majikan industri-industri di Malaysia ini juga semakin berani untuk merebut pelatih separuh mahir dan mahir ini untuk berkhidmat di premis mereka.
Apatah lagi kerajaan Malaysia telah meletakkan harapan tinggi dalam bidang kemahiran dengan wujudnya Revolusi Industri 4.0.


hi, saya tak berapa cemerlang SPM, tp skrg dah lanjut usia umur 35 tahun. soalan saya, masih layak ke umur sebegini untuk ambil skm tahap 1-4?
hai. nak tanya sekiranya seseorang tu dah ada diploma mekanikal dan telah bekerja lebih 4 tahun, macam mana nak dapatkan sijil untuk menjadi tenaga pengajar kemahiran di ilp, kv dan sebagainya?
Kalau saya ada degree dan vto boleh ke saya mengajar di sekolah KV.
Aslam sy nk tnya sijil kolej komuniti sy ni thap brapa ye?
Sy amik sistem komputer dan rangkaian.
Salam sejahtera admin, nak tanya saya ada Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak nak ambil skm, perlukah saya ambil skm 1 – 3? Atau saya boleh proceed ambil skm 4?
Halo admin. Nak tanya sikit kalau sudah lepas SKM 3 lepas tu sambung DKM tu.. DKM tu diiktiraf oleh MQA juga tak. Harap admin bole beri penjelasan
Hai admin, Pertanyaan saya sijil kolej komuniti ni tahap keberapa ya? n slalu nya kalu pngisian maklumat cth (SPA9), dan sy confuse nak isi maklumat akademik sebenarnya kalau diploma DKM kan , kalu kolej komuniti ni tahap SKM juga ke atau mcm mn? tq:)
Admin, saya nak tanya, kalau saya tak ambil kemahiran, tapi, saya ambil spm, result spm saya boleh2 je, kiranya, dapat je sijil dan lulus semua subject, kecuali, English, kemudian, jika saya kerja kerajaan, boleh ke dapat? Tanpa ( sijil kemahiran ), tapi orang kata, senang nak dapat kerja kalau ada sijil kemahiran, hmmmm 😩
anak lelaki saya memdapat 1A SPM
tawaran diterima :
adtec – diploma jaminan kualiti
politeknik – diploma pemasaran
tlg cadangkan pilihan terbaik
Salam admin..saya ingin bertanya…adakah sijil komuniti sama taraf dengan skm tahap 3.mohon pencerahan..terima kasih..
Hi! Saya nak tanya bagi pihak adik saya. Dia sekarang ada Sijil kejuruteraan elektrik (tahap 1/pw1 tak silap). Dan dapat tawaran melanjutkan pelajaran peringkat Diploma dalam bidang sama. Tetapi supervisor dia kata better upgrade sijil je kat ikbn like (pw2, pw3, etc.) macam tuan nyatakan di atas tahap 1 ,2,3. Supevisor dia kata jimat masa.
Jadi saya nak tanya mana lebih baik antara sambung je tawaran Diploma atau upgrade sijil sedia ada? Apa beza antara dua ni. Dan bukan ke gred dia still tak sama bila dah kerja nanti like sijil tahap 3 dengan diploma?
Anak saya sedang didalam SKM tahap 4 di Kolej Mekatronik Malaysia di Mentakab Pahang didalam bidang Mekatronik.
Waktu bila boleh mohon diploma lanjutan di CIAST?
Jika bidang Mekatronik tahap 5(DLKM), kursus dijalankan di CIAST Shah Alam atau di tempat lain?
Terima kasih
mana yg lebih baik kolej komuniti giat mana? dan apa perbandingan dari segi tempoh pembelajaran dan kenapa?
Assalamuailaikum Tuan, saya kelulusan sijil IKM 1991 – 1993 di dalam bidang general mechanic. Saya ada sijil tetapi tak slip keputusan peperiksaan dan bagaimana saya nak nak endorse sijil IKM tersebut? Dulu nama jurusan lain tapi sekarang dah nama lain. Layak daknak endorse sijil IKM tersebut?
Hi assalamualikum admin , saya nak tanya , saya alumni kolej komuniti , saya nak tau kolej komuniti ni dia dapat skm atau sijil sahaja ya ? Saya confius .
hi admin, anak saya mendapat tawaran Sijil Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah-A1 di ILP kepala batas, tetapi suami tidak bersetuju kerana katanya tiada SKM & suruh anak apply utk pw4 tahun hadapan. soalan saya apa perbezaan kalau tiasa SKM & apa fungsi SKM ni? mohon pencerahan.
Terima Kasih
Selamat malam admin. Saya ada sijil TEK AUTOMOTIF dari IKMKK 2011.. sijil IKM tu ada diiktiraf dlm MQA setaraf dengan skm tahap 3… Tapi sijil IKM tersebut tidak tersenarai dlm JPK.. Jabatan kmi quiry dgn sijil IKM tu.. Minta pencerahan min, macam mna nak buat supaya sijil IKM tu tersenarai dlm JPK.. Kepala dah serabut elaun tak dpt.. Huhu
Hi, Admin. saya nk tanya boleh ke lepasan SPM seperti saya ingin sambung belajar untuk mengambil sijil SKM Tahap 3 tanpa sebarang sijil yang berkaitan iaitu SKM Tahap 1 & 2 dengan menggunakkan sijil SPM? harapkan admin boleh membalas komen semoga urusan saya dan admin dipermudahkan….
Hi, Admin. saya nk tanya boleh ke lepasan SPM seperti saya ingin sambung belajar untuk mengambil sijil SKM Tahap 3 tanpa sebarang sijil yang berkaitan iaitu SKM Tahap 1 & 2 dengan menggunakkan sijil SPM?
Tuan admin,
Pelajar lepasan SVM, bagaimana nak mohon DKM? Atau dia kena ambil DVM dulu ke. Terima kasih.
Admin saya nk tnya kolej komuniti rompin saya ambik kos aircond kolej komuniti ni skm ke ape ye kalau skm ni skm tahap berapa ?
Dlm upu online ada pilihan utk sijil lanjutan..boleh saya tahu kelayakan yg perlu ada utk memohon sijil lanjutan..contoh sijil lanjutan automotif
Admin maaf ye nk tanya kalau kolej komuniti untuk bidang sijil teknologi elektrik dia punya sijil tu skm3 ke
Anak saya telah tamat sijil senibina kolej komuniti
Dimanakah IPT yang sesuai utk dia menyambung pengajian nya KKTM / Poli etc
Sijil Senibina itu setaraf dgn apa yea
Assalamualaikum Saya sudah ada DLKM dalam bidang pengurusan pentadbiran so nak bertanya apakah sijil yang sama taraf dengan DKLM
Sekiranya telah mempunyai DKM tahap 4, apakah pilihan-pilihan yang ada untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi?
Saya umur 34..kerja bidang telekomunikasi.graduasi sijil teknologi elektrik & elektronik kolej komuniti tahun 2009.Sekarang berminat nak ambil sijil kompetensi elektrik PW1/2 dan PW3/4 tetapi tidak memenuhi syarat ABM CIDB kerana tiada pengalaman 2 tahun bawah suruhanjaya tenaga.Mohon cadangan apa dan dimana untuk saya ada sijil kompetensi??
Saya umur 34..ada sijil teknologi elektrik & elektronik kolej komuniti graduan tahun 2009.Saya bercadang nak kursus jangka pendek untuk sijil kompetensi elektrik PW1/PW1 tetapi banyak tempat syarat pengalaman 2 tahun syarikat berdaftar suruhanjaya tenaga,saya sekarang kerja bidang lain cuma nak ada sijil kemahiran kompetensi.Tuan ada cadangan??
Slm tuan, untuk sambung diploma, adakah anak sy perlu habiskan skm tahap 3.(kolej kemahiran johor)
Slm sejahtera, anak sy baru sahaja masuk kolej kemahiran johor dan mengambil kursus skm dlm bidang pemasangan&penyelenggaraan elektrik tahap 2 slma 12 bln, slps tamat sesi 12 bln adakah dia perlu ke tahap 3 untuk dapatkan sijil kemahiran Malaysia.
Assalamualaikum Admin.
Anak saya berada di semester terakhir program Sijil Teknologi Fabrikasi Logam (SKM3), di ILP Pedas. Institut manakah yang menawarkan program ini di peringkat Diploma yang boleh dimohon.
Salam admin, nak Tanya klau mohon skm ni ada had umur ke utk tahap 1
asalmualaikum admin nak tanya,sy ade skm tahap 3,boleh x sy endrose skm saya di kolej komunti utk skm yg sama,sbb skm tahap 3 ikbn x sama dgn kolej komuniti,tiada kenaikan gred utk skm 3 ikbn berbanding skm kolej komuniti
maksudnya dalam pekerjaan ke? setiap sijil ada nama dia sendiri, dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia adalah SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) , tiada istilah SKM di mana2 tempat yang tidak menjalani peperiksaan dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Cuba tuan spesifikkan nama sijil di setiap kolej tersebut
Hai Admin… Saya mahu bertanya
Ank saya sekarang 2023 berumur 17 tahun dan sedang belajar di Kolej Vokasional dlm bidang Bakeri dan Pastri
Adakah anak saya perlu mengambil peperiksaan Sijil SPM lagi?
Ada kah sijil KV itu boleh melayakkan ank sy utk mdaftar dmana2 kolej @ universiti kelak?
hi
1. Perlu
2. Tidak layak jika tiada SPM (mungkin layak dengan menggunakan cara atau apa yang diberitahu oleh pihak KPM untuk sijil KV tersebut)
Nasihat saya, boleh usahakan untuk anak mengambil 6 subjek teras SPM supaya masa hadapan mereka akan lebih cerah jika diberikan pekerjaan yang membolehkan mereka keluar negara.
hi,maaf sya nk tnya soalan yg tidak ada kena mengena dgn skm harap ada yg boleh bantu, kawan sya tidak ke sekolah dari darjah 2 dan sekarang dia hampir masuk 17tahun umurnya tapi dia nak tahu klau ada cara nk sambung belajar dari darjak dua sampai spm dn selanjut nya? dia xdelaa xpandai , pandai je sebab dia rajin belajar kat rumah tapi macam dia belajar oun takkan sama tahap dgn org yg betul” belajar kt sekolah sbb tak di pantau guru, dia tnaya sya sekiranya ada cara untuk belahar dri awal sampai spm dn selanjutny saya tak tahu nak jawab macam mane kadi sya harap ada yg boleh bantu sya jelaskan kepada dia … harap” adalaa cara dia nak smbung belajar sbb sya tgk dia cerdik tapi itulaaa syg parent dia xmampu nk kasi sekolah katany harap” adelaa yg boleh bantu cari cara untuk dia ye
hi, tidak perlu memohon maaf, soalan yang baik ni,
pada tahun 2014, Pusat Latihan Kemahiran DTAC telah menerima seorang pelajar Asnaf dari Selangor yang hanya bersekolah sehingga darjah 5, beliau memasuki Pusat Latihan Kemahiran kami pada umur beliau 17 tahun.
disini pihak Pusat Latihan menyediakan persiapan SPM untuk para pelajar sekaligus menyiapkan mereka untuk bekerja selepas tamat latihan, cik boleh terus menghubungi pusat latihan kemahiran kami di laman sesawang ini https://link.dtacmuar.com.my , semoga dipermudahkan urusan
Hello admin saya ingin bertanya adakah skm ini memerlukan spm. Dan kalau tidak perlu mcam mna nk mendaftar ye. Sbab saya dh tahu pasal skm ni dh berbulan tapi tidak tahu mcam mana nk daftar. Admin adakah sijil skm ini boleh digunakan untuk berkerja di luar negara?
Syarat minima :
#1 Terbuka kepada warganegara Malaysia.
#2 Lelaki atau perempuan.
#3 Berumur 16 tahun ke atas.
#4 Mempunyai Sijil Berhenti Sekolah.(jika bawah 18 tahuun)
#5 SPM jika ada
Anak saya dah tamat SKM tahap 3 dan ingin memohon IKM tuk diploma tp sudah 2 kali permohonan tidak layak kerana sijil SKM tak ada lagi wpun sijil dr giat dah lama dapat. Setahun dah menunggu. Sepatutnya perkara ni perlu diatasi dgn segera.
Anak puan belajar dimana ya? setahu kami, setiap selesai peperiksaan akhir akan diberikan slip gantian mewakili SIJIL sebelum pelajar terima sijil sebenar
1 tahun tu lama sangat tu puan
Assalamualaikum admin, anak saya lepasan spm dan result spm tidak bagus dan telah mengambil kursus kimpalan di giat mara selama 6 bulan dan kini menjalani Latihan Industri. Selepas ini bagaimana ank saya boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma kemahiran tahap 4. boleh ke anak sy memohon menggunakan sijil skm tahap 3 sahaja tanpa sijil spm. Boleh ke mohon di ADTEC Shah Alam
wsalam, boleh tiada masalah, boleh rujuk kelayakan di laman web ADTEC
Saya nak tanya sekiranya sudah ada SKM tahap 3 (sijil lanjutan teknologi mekanikal (penyelenggaraan industri) dari IKTBN Bukit Mertajam…saya berumur 31 boleh kah sambung DKM bidang sama..sebab di IKTBN hanya sampai umur 30 sahaja…di mana saya boleh sambung?
Lebih baik tuan buat PPT, boleh rujuk kursus PPT di JPK
Anak sy belajar di adtec diploma mekatronik. Di mana tempat yg sesuai utk dia melanjutkan pelajaran utk menjadi tenaga pengajae.
CIAST (PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN) atau Pusat Latihan Pengajar Satelit di beberapa ADTEC yang ada
Assalamualaikum, nak tanya kalau diploma kolej komuniti dikira DKM ke tidak ?
Sijil yang diberikan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran adalah SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA DAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA
Macam Mana nak mohon DLKM bidang cadd senibina?
Boleh rujuk CIAST (PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN) untuk maklumat dalam bidang tersebut
Saya ingin bertanya kepada JPK,saya mempunyi DKM dan ingin menyambung DLKM bagai mana (PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN
TERDAHULU)untuk saya merujuk pekara tersebut.
terima kasih.
CIAST (PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN) adalah tempat yang sesuai untuk tuan buat rujukan, boleh follow laman sosial CIAST atau hubungi terus CIAST. Terima Kasih
Anak saya telah tamat sijil elektrik rendah di ikbn seri iskandar,jika anak saya ingin menyambung kemahirannya,sijil lanjutan apakah yang layak dan sesuai dengannya. Anak saya tamat tingkatan 5 dan telah menduduki spm tetapi tidak layak menerima sijil spm memandangkan resultnya yg tdak bagus. Dan utk makluman anak saya memohon sijil elektrik rendah dgn result pt3 menepati syarat kos tersebut. Mohon tunjuk ajar dari pihak tuan dan sudilah pihak tuan kongsikan link (ikbn) yg blh anak saya mohon.
Boleh saya tahu sijil elektrik rendah tu berapa lama latihan?
Mahu menyertai
daftar disini
Want to
daftar disini
Assalamualaikum admin.
Adakah diploma kejuruteraan elektrik dri politeknik sama dengan sijil PW4/A1 di kolej2 luar..?
Wsalam, selagi ianya dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia, maknanya ia sama tuan
Salam,, maaf, sy nak Tanya,, sy Dr pelajar kolej komuniti bidang travel n tourism,, Dan sy bekerja selama 12thn dlm ATM,, selps 12 thn berkhidmat sy telah berhenti Dan memulakan perniagaa western n grill cafe. Sy telah berkursus diperhebat dalam bidang kulinari, jika sy hendak melanjutkan pelajaran sy perlu ambil degree or ckup skm 5, utk melayakkan sy menjadi panel luar jemputan. Terima ksh
Wsalam, maaf lewat balas, kedua2nya dibolehkan puan, terserah kepada puan mana yang layak atau berkemampuan dari segi wang dan masa, biasanya panel luar jemputan memerlukan tambahan pengalaman bekerja 10 tahun didalam bidang dan boleh memohon sebagai panel luar atau Pegawai Pengesah Luaran.
Assalamualaikum boleh saya tahu sy ada skm tahap 2 penyediaan makanan nk sambung skm tahap 3-5 di mana ye
Salam admin saya sudah ambil bidang IT skm 3 tapi apabila saya ingin menyambung dkm 4 takde course tu so course apa sy patut ambil?
Hi admin. Sy nk bertanya la. Saya ade sijil tahap 2 (SKM) pembantu juruteknik. Dimana saya nk upgrade sijil saya ke tahap 3?
hi, boleh saya tahu pembantu juruteknik dalam bidang apa?
Saya mempunyai sijil tahap 2 juruelektrik domestik dan industeri. Dimanakah saya boleh sambung untuk tahap 3 dan 4
Anak sy belajar di Ilp mendapat skm3 mekatronik di mana dia blh sambung belajar utk skm4 @diploma mekatronik.
Anak saya lepasan GIATMARA dalam bidang kursus Grafik Designer. Anak saya berhasrat nak sambung lagi belajar. Apakah ciri2 dan prosedur untuk dia menyambung belajar ,ada cadangkan dimana boleh anak saya boleh menyambung pelajarannya dalam bidang kemahiran dan melayakan dia untuk melanjutakan ke level yang lebih tinggi?
Reply
Tuan ada atau tidak sijil kemahiran Malaysia tahap 6?
Saya bapa kepada pelajar KV Instrumen Perindustrian (oil&gas) pada tahun 2015-2019 di ilp bukit katil melaka rasa kecewa sampai sekarang sijil anak saya belum diiktiraf oleh JPK pada hal konvo dan sijil dah dapat tapi masih tak diiktiraf kesian. Kepada anak muda seolah di tipu dan sukar mencari pekerjaan. Kenapa setelah pihak kerajaan menyatakan kemahiran sekarang amat penting tapi kecewa pula setelah 4 tahun belajar rasa sia2 seolah dimainkan pihak tertentu.. Anak saya tak lah pandai dalam Akademik terpaksa saya memilih Kemahiran untuk masa depannya tapi lain pula jadinya.. Rasa amat kecewa…..
Hi sy telah habis sijil skm tahan 4..ingin melanjutkan sijil sy ke tahap 5..ingin mengetahui cara untuk melanjutkan ke tahap 5
Assalamualaikum. Saya ingin tahu corak pelajaran subjek untuk tahun 2020 kerana prestasi tidak memuaskan menyebab anak saya mahu menjurus kepada SKM tahap 3 dalam bidang IT di kolej luar yang lebih bebas. Hantar butiran kepada saya sekiranya dapat membantu.
Hi admin. Sy nk bertanya la. Saya ade sijil tahap 2 (SKM) bhgian juruwang kanan. Dimana saya nk upgrade sijil saya ke tahap 3?
Jika saya ada skm2 dan saya berniat untuk mengisih spa8, adakah spa8 masih memerlukan spm??
Assalamualaikum…saya dari iktbn…saya mengambil diploma kejuruteraan penyelenggaraan industri adakah selepas tamat diploma itu… Saya boleh sambung Ijazah di utem
saya lepasan GIATMARA dalam bidang kursus Teknologi Sistem Komputer. Saya berhasrat nak sambung lagi belajar. ada cadangkan dimana boleh saya sambung?
Admin saya nk tanya saya daripada DVM diploma vokasional malaysia dan saya ingin sambung kepada
Diploma lanjutan tahap 5 boleh ke
Salam.
Maaf tuan saya ingin bertanya anak sy abis belajar SKM tahap 3 dlm sijil Housekeeoing
Di IKBN.adakah anak sy berpeluang sambung belajar ke peringkat DKM kalau boleh dimana yang sesuai.terima kasih
Tuan kalau sijil kemahiran hilang ada cara tak macam mana nak dapatkan balik sijil itu semula?
Assalam tuan, anak saya masih belajar SKM tahap 2 (Pengurusan Pejabat) PLPP Sg. Merab dan dijangka tamat bulan Dis 2019. Saya ingin anak saya meneruskan SKM 3 (Pengurusan Pejabat). Dimanakah anak saya dapat meneruskan SKM 3 dan 4 nanti.
Saya baru sahaja telah tamat skm tahap 3 pengurusan pejabat. Jadi dimanakah tempat untuk menlanjutkan dkm pengurusan pejabat?
Saya lepasan ikm bidang kejuteraan bangunan..saya plan nak sambung diploma dekat adtec sbab setahun je..kalau kktm/poli 3 tahun..boleh saya tau kelebihan adtec ni..sebab jarang dengar adtec ni.
Tuan, jika dah ada sijil tahap 3 tapi tiada spm. Dimana boleh teruskan sijil tahap 4 ?
Nk tnya lpas sijil teknologi maklumat msuk mne? Cabang ke diploma?
Salam, anak saya tmt belajar Penyejukbekuan dan penyaman udara di CIDB tahap 2, dimana boleh anak saya menyambung rahap 3 utk spt sambung diploma. Untuk msk intitut yg lain memerlukan Lulus matematik, matematiknya kurang baik.
Sekian
Salam tuan.. saya adalah Calon untuk dkm melalui PPT ..Setelah abis DKM secara PPT, saya ingin melanjutkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang yAng sama.Adakah DKM (PPT) yg saya buat ni diiktiraf .Minta tuan perjelaskan.
salam
Anak saya lepasan sijil CIDB Penyejukbeku & Penyaman Udara Tahap 2., bagaimana beliau boleh sambung sijil tahap 3 untuk beliau teruskan belajar ke peringkat Diploma.
Dan dimana tempat yg membolehkan beliauteruskan pembelajarannya untuk Tahap 3
Untuk mengambil sijil di IKM atau yg lain , perlukan Lulus matematik tetapi matematik beliau kurang memuaskan.
Sekian
Adakah keluaran DVM Kolej Vokasional setanding dengan DKM? Kerana saya ingin menjadi tenaga pengajar dan dimana saya boleh lanjutkan pelajaran untuk menjadi tenaga pengajar didalam bidang Pengurusan Perniagaan?
Salam, nak tanya sijil kemahiran yang dikeluarkan dari Pusat GiatMara memang tak de Perakuan Akreditasi (MQA).. Sbb nak apply keje DBKL dia minta no MQA… huhuhu
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Mohon pertanyaan.
Saya telah bekerja di bawah GOV jawatan “Juruteknik Komputer” hampir 11 tahun dan mempunyai sijil TAHAP 3 iaitu sijil juruteknik komputer.
Adakah saya masih boleh teruskan sambung belajar di SKM ini atau ada tempat lain yang sesuai.
Mohon pencerahan.
Sekian, terima kasih.
assalamualaikum,saya harap tuan or puan dapat bantu dalam pertanyaan saya ini.Sekarang saya masih belajar di kv dalam bidang kulinari dan saya student tahun 2 dan lagi berapa bulan nak tamat tahun 2. tapi saya taknak sambung lagi 2tahun sebab saya minat bidang lain sebenarnya iaitu kosmetologi dan saya sebenarnya pada awal tak minat kulinari sampai sekarang dan saya memang nak tukar tempat lain. Agaknya ada ke kolej or institut yang ada bidang yang saya minat ni menerima kelayakan saya. Saya sangat stress duduk di kv
Skm tahap 4&5 boleh sambung degree tak
Salam tumpang tnya. Saya lepasan kv diploma kemahiran malaysia . Boleh ke lepasan kv masuk ciast untuk kursus vto ??
Assalamualaikum,saya nk tnya?? Klau lepasan SKM dalam bidang pendawaian elektrik(pw2)..boleh tak klau saya nk sambung ke tahap diploma?? Dan institut mana yg ok utk saya sambung?ataupun saya just sambung tahap pw saja??..
Saya dr lepasan diploma kejuruteraan mekanikal, nk tanya, bole tak kalo saya nk amek diploma lanjutan (dkm4) ini berdasarkan bidang saya pada diploma dan dimana ye institusi menawarkan diploma lanjutan dlm bidang semasa saya diploma tu..
Assalam admin..sijil ikm bersamaan skm tahap berapa?
Salam saya mempunyai diploma elektronik politeknik berbaloi ke kalau saya amik sijil skm ni?
saya umur 40 tahun. Graduan swasta diploma tukang masak 20 tahun lepas. Setahun lepas saya mula kerja electrical. Saya ingin belajar lebih dalam bidang electrical. Ada tak kursus yg boleh saya sertai di samping bekerja? Saya tinggal di Selangor, sempadan Negeri Sembilan. Tq.
Macam saya dapat diploma teknologi perindustrian dan diploma kemahiran..dua ii saya dapat..boleh tak nk sambung degree?
apa function diploma teknologi perindustrian yg ditauliah oleh jtm tapi tak diiktiraf mqa?..boleh ke nk guna utk apply degree?
sekian tq?
1-macam saya,dapat diploma teknologi perindustrian dan diploma kemahiran malaysia..kalau nak sambung degree boleh ke?..
2-apa function diploma teknologi perindustrian ditauliah oleh jtm tp tak diiktiraf mqa?…
terima kasih?
hi, saya nak bertanya tentang skm Tahap 3. selepas habis level SKM3 , boleh je terus kan mohon CIAST?? atau perlu juga sambung SKM 4 dan ke atas baru boleh mohon CIAST?
1)Salam, jika saya tamat Diploma Kemahiran Malaysia/ Diploma Teknologi Perindustrian (DKM) BUKAN Diploma Teknologi Kejuruteraan (DTK), bolekkah saya melanjutkan pelajaran saya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.?
2)Apa perbezaan antara DTK (lpasan SPM) & DKM (lpasan SKM)?
1. Boleh, di dalam bidang teknikal juga.
2. DTK dip dari MQA mostly pakai pointer / DKM Diploma kemahiran malaysia iaitu sijil kemahiran malaysia
Saya nak tanya, kolej komuniti jurusan fesyen and dressmaking sampai skm keberapa ye?
Kolej Komuniti rasanya tiada SKM. dia lebih kepada MQA kearah politeknik
salam tuan…
boleh saya tahu sijil dan diploma dari kolej komuniti tahap berapa?
Untuk Tahap, kena hubungi sendiri kolej komuniti tersebut kerana, tidak semua kolej komuniti menjalankan Sijil Kemahiran Malaysia. lulusan Kolej Komuniti boleh menyambung pengajian ke program diploma di Politeknik melalui program bridging selama 6 bulan dan pengajian diploma selama 1 tahun. Seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi di universiti tempatan atau luar negara. Lulusan Sijil Kolej Komuniti boleh juga memohon untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma di Kolej Komuniti
Anak saya dpt tawaran dari Kolej komuniti dlm bidang elektrik (SKE) dan ILP dlm bidang senibina (Skm tahap 3). Dua2 bidang dia ok cuma tak tahu nak pilih yang mana. Apakah kelebihan sijil komuniti dan ILP? MOHON PENCERAHAN
Kolej Komuniti bukan Sijil Kemahiran Malaysia, ianya sijil lain dari SKM, boleh rujuk kolej tersebut.
Hi sy amir 25tahun 4tahun yg lpas sy tamat bljar skm thap 3 mekanik industri.jika skrang sy mahu smbng dkm thap 4 ada tak kursus utk jngka masa pendek yg xmemerlukan sy bhenti kerja & masuk ikbn atau institut lain slama tempoh 1tahun 6bln trima kasih.
Bekerja, jika saudara bekerja selama lebih 1 tahun 6 bulan ditempat yang sama dan didalam bidang mekanik industri, saudara layak memohon Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT), sila rujuk atau hubungi https://www.dsd.gov.my/index.php/my/perkhidmatan/ppt
Encik, sy ingin bertanya tentang skm 3 dalam bidang penyediaan pastry untuk sambungan tahap DkM tahap 4 dan tahap² seterusnya ada kat institut mana ye encik?
Maaf atas pertanyaan saya…
Banyak kolej kemahiran yang menjalankan Tahap 4 bagi kursus ini, sila rujuk pautan ini https://bit.ly/2ECAOed
Betul ke KKTM menawarkan diploma dan dlkm tahap 5 kepda pelatih ii nya
Maaf tidak tahu, saudara boleh hubungi sendiri KKTM yang menawarkan perkara tersebut atau bertanya sendiri kepada yang menyampaikan
Assalam encik, anak sy lulusan KYPJ JB Diploma Multimedia Kreatif SKM4,
dimanakan boleh melanjutkan pelajaran lagi?
SKM Tahap 4 adalah bersamaan dengan Diploma Kemahiran Malaysia, boleh rasa jika anak tuan ambil sedikit pengalaman sekurang2nya setahun untuk memberikan “power” pada sijil tersbut. Tetapi boleh juga tuan lihat di UPU mana² kursus sesuai untuk anak tuan.
Assalam tuan .sy Ada skm3 hiasan dalaman dari giatmara .. Ke mana sy blh mohon utk diploma ? Tq
Ikut dari panduan NOSS rasanya belum ada lagi Tahap 4 untuk kursus ini, maafkan saya jika tersilap. boleh juga rujuk atau hubungi Jabatan Pembangunan Kemahiran terdekat untuk pertanyaan lanjut
Assalammualaikum,
anak saya baru saja menghabiskan pengajian giat mara skm tahap 3, dalam bidang teknologi sistem komputer. Dia baru berusia 16 tahun dan hanya mempunyai upsr. Sebagai ibu sudah tentu saya tidak mahu dia berhenti setakat itu sahaja.. Bagaimana saya boleh bantu dia dalam mencari kemahiran agar dia dapat memperkukuhkan serta mempelbagaikan bidang., Bolehkah dia mengambil skm tahap 4. Saya harap sangat pandangan dari pihak tuan. Terima kasih
1. adalah lebih baik jika puan mendaftar anak puan untuk SPM persendirian seperti yang dijalankan dikolej kami. kesemua pelatih kami yang berumur 16 tahun di daftarkan SPM persendirian untuk mengukuhkan sijil dikemudian hari.
2. Teknologi Komputer adalah bidang yang sangat luas untuk menyambung pelajaran. adalah lebih baik bertanyakan kepada pusat latihan anak puan dimana seharusnya untuk sambung pelajaran.
As Salam
Anak sy bru dapat keputusan spm 2018 dan lepas tamat spm 2018 dia telah sambung bekajar di giatmara sijil penyaman udara dan akan tamat sekitar bulan 6 , 2019 ini.
1. Adakah saya perlu memohon UPU untuk lepasan spm atau pemohon lepasan SKM?
2. Jika anak saya sambung belajar semula di IKM, ILP atau IKBN, jurusan yang akan diambil adalah Sijil Penyaman Udara tahap 2 dan 3. Adakah sama dengan apa yang sedang dia belajar skrg?
3. Atau anak saya bole memohon Diploma dalam jurusan yang sama? Ada kah saya perlu tunggu bulan 6 ( selepas dpt sijil skm ) untuk memohon UPU…
Harap dapat membantu saya.
1. Permohon UPU baik jika anak puan layak dan berminat untuk memohon.
2. Sijil digiatmara jika 6 bulan mungkin SKM tahap 1 atau tahap 2 sahaja, jadi bolehlah jika puan daftar di ilp,ikbn atau mana2 untuk menyambung tahap seterusnya.
3. Diploma dari UPU boleh, kalau dari SKM kena ikut flow SKM2 –> SKM3–> DKM
Saya ada DKM level 4 dalam automotif…saya berminat sambung belajar DLKM level 5…ada college menawarkan kursus level 5 automotif…tapi saya tidak ada spm…
Salam,, saya ada SKM tahap3 Pembuat Perkakasan Kanan Alat Tekan ILPPG tahun 2009. Pengalaman kerja 10 tahun dan masih bekerja. Di manakah ada menawarkan prog\ram separuh masa untuk saya melanjutkan ke DKM atau DKLM
Assalamualaikum Tuan, saya nak bertanya untuk lepasan Diploma Politeknik boleh ke memohon untuk kursus VTO untuk melayakkan menjadi Tenaga Pengajar Institusi Kemahiran
Assalam, sy nk tanya sekiranya sy dh ad skm tahap bahagian pakaian wanita, dan ingin sambung ke tahap 3 adakah boleh? Pusat latihan dimana yg menawarkan skm tahap 3 untuk pakaian wanita?
Assalamualaikum tuan. Saya ingin bertnya, pertamanya ada tak skm untuk separuh masa untuk sijil yang berkaitan komputer(perisian,rangkaian,operasi dan lain²), sebab sy sedang bkerja. Area johor tuan
Assalamualaikum admin. Sy lepasan skm3 elektrik. Dmna boleh sambung dkm? Trima kasih admin
Saya Ada DKM AUTOMOTIF, andai kata saya menyambung ke DLKM,adalah peluang menyadi tenaga pengajar sangat luas
Salam admin..saya ingin bertanya
Saya ada sijil aircraft maintenance Technology mechanics.saya pernah kerja dgn Mas 12thn dan sya nk bertukar ke bidang elektrik.soalan nya adakah saya perlu start dari zero?tq admin
Assalamualaikum Tuan/Puan..saya nak Tanya..saya sijil kemahiran tahap 1&2 Dalam bidang fotografi tapi saya nak sambung tahap 3 Dalam masa saya bekerja Kira macam pjj..Ada ke untuk kos fotografi ?
Ank sy memiliki skm thp tiga bidang elektronik dr kolej vokasional
1. bagaimana cara utk mdptkan skm 4
2. Di mana kursus elektronik ditawarkan utk thp 4
3. Utk melanjutkan pljran perlukan dia mgambil spm kerana ank tiada sijil spm …msk kv slps pt3 hnya ada bm dan sejarah setara…yg diambil di kv serta kredit 3 matapelajaran..
4. Utk myambung peljran dlm bdg elektronik perlukah ada kelulusan dlm matapjran math prgkt spm.
Salam tuan , sayaa sekarang ada sijil skm2 dalam bidang composite aerospace , dan dalam masa yang sama saya ada pengalaman bekerja dalam bidang tersebut dalam lingkungan 2 tahun ,. Boleh ke saya sambung skm2 kepada skm3/skm4 dan tukar kepada bidang lain .? Boleh senaraikan tempat dimana .?
Hai admin nak tanya rate gaji skm tahap 3 slalu brapa?
Selamat Pagi. Anak saya dapat tawaran SKM di Kolej Vokasional dalam bidang Jurubina Bangunan.
1.Dia akan belajar sampai tahap mana?
2.Adakah dia perlu mengambil SPM secara persendirian?
3.Jika soalan nombor 2diatas ya..berapakah subjek yang perlu diambil (6 subject ke?)
Terima kasih
Sy ingin buat PJJ sijil/diploma kemahiran menjahit.. Dimana ada? Mcm mana sy nak buat permohonan??
Tq
Assalamualaikum. Nak tanya, adakah SIJIL MLVK TAHAP 3 MEKATRONIK dengan SIJIL SKM TAHAP 3 MEKATRONIK sama ? Atau ada perbezaan antara SKM dengan MLVK ?
saya nak tanya apa beza sijil kemahiran malaysia dan sijil professional ye? mana satu yang lebih elok? atau kedua dua tu sama je?
Salam Tn Admin…Anak saya lulus Diploma Vokasional Malaysia Kolej Vokasional dalam bidang Teknologi Automotif dan SKM Tahap 4 Eksekutif Automotif. Bolehkah beliau sambung belajar di CIAST untuk mengambil VTO.
salam umur sy 25 tahun . sy dr sekolah vosional bidang fesyen dan diploma textile dan dgree fesyen .. utk smbung skm dlm course fesyen. institusi ape yg menyediakan course itu ye
Saya penjawat awam sudah berkerja di Universiti mengikut bidang yang saya pelajarai iaitu (Teknologi perikanan tangkapan) SKM tahap 1,2 dan 3. Bakal sambung DKM (Pengurusan vessel penangkapan ikan) secara PPT mengikut tahap. Saya nak tanya adakah DKM saya boleh lompat ke IJAZAH SARJANA buat penyelidikan/kajian masuk melalui Universiti awam/swasta. Untuk pengetahuan sesiapa yang dah berkerja berpengalaman 5 tahun boleh mohon sambung belajar. Mana yang SPM boleh lompat ke Degree Manakala yang ada diploma boleh lompat ke master secara penyelidikan mengikut pekerjaan kita. Masalah saya DLKM bidang saya belum ada lagi jadi saya nak buat lain pada yang lain. 1) Adakah DKM boleh diterima Universiti awam?. 2) Adakah saya boleh masuk universiti awam mengambil ijazah saujana muda atau sambung DLKM. kalau boleh Universiti mana yang boleh terima bidang saya.
salam admin..saya ada ijazah dalam bidang pertanian..kalau saya mahu jadi tenaga pengajar, skm berapa saya perlu ambik?.mohon jelas kan dengan lebih detail..tq
Tuan..apa beza Diploma Kemahiran dan Diploma Teknologi. Kebanyakan kursus di ILP & ADTEC menawarkan Diploma Teknologi.
Boleh tuan terangkan. Terima kasih.
asalamualaikum admin, saya lepasan daripada kolej vokasional. Kami dinyatakan apabila tamat belajar, kami akan memperolehi DVM (diploma vokasional malaysia). Adakah DVM yang kami perolehi itu setaraf dengan DKM? kami juga dinyatakan akan diberikan dkm selepas mengambil exam bertulis dan present fyp kami semasa tahun akhir di kv. mohon penjelesan admin.
Assalamualaikum tuan . Saya nak bertanya, sekiranya saya dah memiliki SKM kimpalan tahap 3 dari Giatmara dan ingin menyambung diploma kimpalan di ikm, adaka saya perlu belajar selama 3 tahun utk diploma ? Atau akan dipendekkan jangka masa pembelajaran ?
Dimanakah lapor diri untuk DLKM elektrik. Saya lepasan diploma elektrik.
salam Tuan,
saya telah tamat SKM tahap 4 pada bulan september 2018. Masih belum menerima original sijil Diploma lagi. mengikut collage yang memberi latihan tersebut, katanya ia mengambil masa 2 bulan adakah benar? sekiranya saya mahu mendapatkan sendiri tidak melalui collage, bagaimanakah caranya dan saya berminat untuk menjadi tenaga pengajar bagaimana caranya.
Assalamualaikum,
Saya ada MSc Mechanical Engineering,UTM. Dan tajuk Thesis saya adalah berkaitan dengan Kimpalan.
Adakah sijil Master ini menyamai dengan Sijil DKLM dari JPK.
Minta Penjelasan.
Terima kasih
Assalamualaikum cik saya mempunyai sijil kemahiran juruestetik tahap 1&2 dan saya ingin sambung belajaran tahap 3,4&5 tapi aliran kerajaan
aliran kerajaan maksudnye apa ya?
Dalam bidang pertanian boleh sampai sijil DLKM? Jika ada boleh bantu nyatakan institusi yang menawarkan?
DLKM adalah salah satu tahap yang memerlukan sekurang2nya pengalaman bekerja 1 tahun setengah, rasanya lebih baik ambil pengalaman dahulu
salam encik saya ingin bertanya sedikit saya dulu last belajar dari kolej komuniti kemahiran automotif…sekarang saya ingin berlajar untuk ambit tahad 4 dimanakah saya boleh apply belajar untuk kemahiran?
ada beberapa tempat yang sesuai untuk sambung tahap 4 automotif ni,
ini cadangan kami sahaja :
1. http://www.akademisaga.edu.my/course_details.aspx?c=3&cat=1
2. http://www.adtecsa.gov.my/index.php/kursus/diploma-teknologi-pengeluaran-automotif
3. http://autoprima.edu.my/our-programmes/automotive/our-programmes-2/
selamat maju jaya!
Salam tuan. Adik saya baru dapat keputusan PT3 dan keputusan tidak begitu baik iaitu hanya KHB – Kemahiran Teknikal dapat B. Sy bercadang ingin mohon SKM untuk adik saya. Saya nak tahu jika dia masuk SKM pada tahun depan umur 16 tahun apabila dia umur 18 tahun dia dah boleh dapat SKM Tahap 3 ke? Selepas itu jika dia sambung tahap 4 memang setahun sahaja da boleh dapat Diploma Kemahiran Malaysia?
jawapan
1. boleh
2 tahap 4 memerlukan masa 1 tahun 6 bulan
Assalamualaikum admin…
Saya mawar.. Berumur 25 tahun pada 2019. Saye mempunyai diploma sains komputer. Saye mempunyai pengalam kerja it support dalam 3 tahun.. Saye ingin menjadi tenaga pengajar.. Saya berniat utk mengambil vto..namun tidak layak kerana tidak memiliki skm.. Layak kah saya mengambil kursus skm3+vto?? Mohon pendapat tuan?? Terima kasih..
Cik mawar perlu ambil SKM secara PPT dahulu, sila rujuk laman sesawang ini tentang apa itu SKM secara PPT http://marilahbelajarmenjahit.blogspot.com/2014/08/blog-post.html
Boleh saya tahu di institut mana boleh buat skm tahap 4 elektrik? Terima kasih
ILP Bukit Katil dan Adtec Melaka
Salam,saya lepasan ijazah sarjana muda pendidikan sains pertanian,jadi jika saya ingin mengambil SKM,di tahap berapakah saya perlu bermula dan dimanakah saya perlu apply?
wsalam, kami cadangkan ambil SKM secara PPT, sila rujuk http://marilahbelajarmenjahit.blogspot.com/2014/08/blog-post.html
Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Voltan Rendah
Assalamualaikum, saya nak tanya. Untuk lepasan DKM bagi diploma multimedia, untuk teruskan sambung peringkat DLKM di mana ye?
permohonan boleh dibuat di ILJTM seMalaysia atau Ciast
Assalamualaikum…anak saya peroleh Diploma Pengurusan Perniagaan dan DKM Tahap 4 dr Kolej Vokasional….kalau dia bercadang ingin memohon diploma lanjutan..kursus apa yg sesuai utk di ikuti atau bolehkah memilih bidang yg lain selain pengurusan perniagaan..terima kasih
kebiasaannya Diploma Lanjutan ini dinilai dan ditemuduga dahulu, kriteria penting untuk sambung DLKM ini adalah pengalaman bekerja minima 1 tahun setengah
Saya lepasan DKM Hospitality Culinary Art, SKM Level 4, saya mahu ambik Skm level 5 bagaimana pula dan di mana?
tiada Tahap 5 pembelajaran untuk subjek tersebut, perlukan PPT yang diambil dari pengalaman bekerja selama 3 tahun dan keatas
kebiasaannya untuk Tahap 5, tiada pembelajaran kursus, ianya dinilai dari pengalaman bekerja minima 3 tahun, sila rujuk
https://sites.google.com/site/pensijilan/peraturan-permohonan
Hi. Nak tanya, sy ada diploma dan degree dlm kejuruteraan awam. 2 tahun lepas. Kursus ape yg perlu sy amik utk jd tenaga pengajar?
adakah ia dalam sijil kemahiran? atau diploma degree dari sijil lain?
Saya telah berkhidmat dalam kerjaya guru pendidikan awal kanak-kanak selama 27 tahun.Saya ingin menjadi tenaga pengajar bagi kursus berkaitan bidang kanak-kanak.
Perlukah saya ambil SKM tahap 1 @ adakah keistimewaan untuk terus ke Tahap 3 @ bagaimana???
Jika ada ..dimana akan saya ikuti??Syaratnya??
untuk soalan puan, boleh rujuk link diberikan : https://sites.google.com/site/pensijilan/peraturan-permohonan
Hi encik, mohon panduan. saya sedang membuat elektonik tahap 2. Tetapi di sini mereka hanya sediakan untuk tahap 2 sahaja. Mohon panduan macam mana perlu apply untuk tahap 3
1. cari kolej yang mendaftar tahap 3 elektronik.
2. boleh cuba semak di laman web ciast atau ILJTM untuk pengambilan baru setiap tahun
Assalamualaikum admin , saya berumur 22 tahun pada tahun 2018 , saya telah mempunyai SKM tahap 3 operasi sistem komputer . Tp saya tiada SPM kerana masalah kesihatan tempoh hari . Jadi kalau saya nak sambung untuk DKM boleh ke dimana ye . Atau pun perlu ambil SPM semula .
1. boleh sambung dimana2 sahaja pusat kemahiran yang mempunyai kursus tersebut, jika awam, boleh memohon di ILJTM.
2. SPM perlu juga diambil untuk memudahkan mencari pekerjaan kelak
Assalamualaikum,tuan. saya dah ada sijil skm tahap 2 dalam bidang pastri dan saya ingin menyambung sijil skm ke tahap 3. Di mana saya boleh sambung belajar ? Kerana kolej tempat saya belajar sekarang ada masalah untuk meneruskan operasi.
Terima kasih tuan.
boleh mohon disini : https://www.suriacollege.edu.my/kursus/pembuatan-pastri/
Assalam,
Saya ada SKM 2 dan SKM 3 dalam kursus Pengurusan Pejabat. Di mana saya boleh sambung DKM 4 dalam kursus Pengurusan Pejabat?
Untuk kursus saya (Pengurusan Pejabat) ada sampai DLKM? atau hanya DKM sahaja?
Harap membantu, terima kasih.
1. https://miraj.edu.my/course-admin-managent-diploma-m.php
2. sampai DKM sahaja..untuk DLKM perlukan pengalaman kerja dahulu 3 tahun minima
Apa perbezaan sijil operasi sistem komputer (skm tahap 3) dengan sijil teknologi komputer rangkaian?
Apakah peluang pekerjaan bagi kedua-dua sijil tersebut?
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (IT-020-3:2013 Computer System Operation)
Objektif Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang Sistem Komputer adalah untuk menjana tenaga mahir yang :-
Mahir dalam memasang, menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggara komputer.
Mahir dalam pemasangan pelayan serta penyelenggaraannya.
Mahir dalam penyambungan rangkaian komputer.
Berpengetahuan dalam mengkonfigurasi peranti mudah alih
Sijil Teknologi Komputer Rangkaian (F02)
Kursus ini memberi penumpuan mengenai Teknologi Komputer Rangkaian pada masa kini bagi memenuhi keperluan pekerjaan sektor industri yang mempunyai daya saing yang tinggi dipasaran pekerjaan. Program ini diwujudkan untuk memperkenalkan pelajar kepada teori dan amali mengenai konsep rangkaian, rekabentuk, implementasi dan penyelenggaraan rangkaian komputer.
Para pelajar juga akan mempelajari mengenai pengetahuan kemahiran di dalam Perkakasan Komputer, Organisasi Komputer, Asas Rangkaian, Perkhidmatan Internet, Switching dan Routing, Rekabentuk Rangkaian, Pengurusan Pelayan dan Keselamatan Rangkaian
Para pelajar juga akan didedahkan dengan penggunaan perisian sumber terbuka dalam Sistem Pengoperasian Sumber Terbuka dan Sistem Pangkalan Data. Program ini juga akan mendedahkan pelajar mengenai Keperluan Pengkomputeran, Prinsip Pengaturcaraan, Asas Pengaturcaraan dan Pengaturcaraan Rangkaian, Keusahawanan serta Rekabentuk dan Analisa Projek.
soalan kedua
peluang itu bergantung kepada kriteria dan ciri2 pekerja tersebut…kalau setakat ambil ilmu banyak..tapi attitude kurang, ia lebih menjadi masalah
salam tuan.Saya nak tanya berkenaan pinjaman.Adakah terdapat institusi pinjaman lain yang menawarkan pinjaman pelajaran? Dan kenapa ptpk tidak seperti ptptn jika cemerlang 4 flat tidak perlu membayar balik yuran?
1. ada tapi sangat sukar utk didapati (pinjaman dari kerajaan negeri)
2. Sijil Kemahiran Malaysia tidak menggunakan pointer, so tiada istilah 4 flat..
salam..saya dah bekerja..tapi saya mahu membuat sijil kemahiran dalam bidang masakan..saya x ada sijil kemahiran apa2 lagi..bagaimana harus saya memohon atau macam mana
boleh rujuk disini
https://sites.google.com/site/pensijilan/peraturan-permohonan
Assalam….tuan admin….anak saya baru saja menamatkan kursus sijil pemerosessan makanan tahap 3 di kolej komuniti arau…adakah sijil saya ini di iktiraf sebagai sijil kemahiran…(SKM) dan boleh tak saya menyambung diperingkat diploma di mana2 kolej pertanian dalam bidang yg sama..?
terima kasih…
1. wsalam. encik kena sendiri bertanyakan dengan kolej komuniti tersebut adakah ianya SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA?
2. boleh tiada masalah
Anak saya sedang mengikuti kursus di IKBN dalam bidang penyediaan pastri SKM Tahap 3. Dia berminat untuk menjadi tenaga pengajar. Bagaimanakah cara terbaik untuk beliau menjadi pengajar dengan kelulusan yang lebih baik, contohnya ada DKM atau DLKM dahulu? Mohon padangan tuan. Terima kasih.
Sambung belajar dahulu untuk DKM adalah lebih baik jika ingin menjadi pengajar kemahiran (VTO)
hello saya seorang pelajar sekolah menengah yg ambil aliran PVMA(pelajaran vokasional menengah atas).Saya mengambil bidang pembuatan makanan sampai skm 2.selepas saya mendapat keputusan spm dan skm nanti,bolehkah saya memohon untuk menyambungkan pelajaran di IKBN untuk sambung skm 3 & 4?Bolehkah saya menjadi tenaga pelajar?
Boleh tiada masalah
Asslamualaikum. Saya berumur 46 tahun dan penjawat awam. Ingin mengambil SKM dalam bidang fotografi. Tahap apakah yang perlu saya lalui. Utk makluman, saya berpengalaman mengambil gambar perkahwinan dan lain-lain acara. Saya juga pernah memenangi pertandingan fotografi peringkat negeri (johan 2 kali), naib johan ( I kali) dan yang lainnya saguhati. Terima kasih.
tak perlu belajar sepenuh masa, sila rujuk
https://sites.google.com/site/pensijilan/peraturan-permohonan
Tuan,apakah perbezaan sijil yang dikeluarkan oleh suruhanjaya tenaga ( cth : kategori PW4 ) dan sijil yang dikeluarkan oleh SKM?.
Terima Kasih
Sijil kemahiran malaysia dikeluarkan oleh JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
Sijil suruhanjaya tenaga adalah sijil tambahan yang dikeluarkan oleh SURUHANJAYA TENAGA itu sendiri
Tuan/puan saya lepasan ikm dengan skm tahap 3 dalam kejuteraan mekatronik .. kalau saya sambung belajar untuk diploma adakah aq dipendekan atau akan belajar 3 tahun balik untuk dapatkan diploma ?
Mohom pencerahan
bila disebut SKM maknanya sijil tersebut adalah SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN, jadinya tiada masalah untuk sambung ke tahap DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA tanpa belajar semula..
Adakah DKM diiktiraf JPA bg memohon perjawatan awam?
Ya
siapa yang keluar sijil kemahiran ini dan kalau nak print sijil macam mana
Sijil ini hanya dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dibawah Kementerian Sumber Manusia.
As salam, Anak saya telah tamat skm tahap 3 dlm bidang dandanan rambut. Apakah dan di mna dia boleh menymbung bidang tersebut ke pringkat strusnya. Boleh kah jika dia trus mngambil kursus vto? . Terima ksih.
Wsalam, peringkat seterusnya adalah Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), anak puan boleh menyambung latihan di mana² pusat latihan yang menyediakan Tahap 4@DKM bagi kursus tersebut. untuk kelayakan menjadi tenaga pengajar VTO mestilah sekurang²nya tahap 3 SKM dalam mana² bidang, tiada masalah
Assalam tuan , saya mempunyai skm tahap 5 DLKM dalam bidang pengoperasian dan senggaran pesawat macamana cara syarat ingin memgambil Master – business engineering atau lain-lain ..mohon khidmat nasihat dan pencerahan . Terima kasih tuan.
Wsalam, untuk soalan tuan ini, saya cadangkan tuan bekerja dalam bidang yang sama dahulu 3 tahun atau lebih, kerana selepas itu tuan boleh merujuk di dalam laman sesawang CIAST untuk mendaftar sebagai ahli Pakar Industri Negara.. tuan boleh mencari maklumat tersebut didalam laman sesawang CIAST
Hi admin, tumpang bertanya sy merupakan bekas graduan drp ILP dgn sekalung DKM Tahap 4. Jika benar sijil JPK/JTM tidak diiktiraf oleh MQA, bagaimanakah cara untuk sy memohon pekerjaan di syarikat kerajaan (SPA) dalam level 29 sengakatannya. Kerana rata2 posisi jawatan yg boleh dipohon hanyalah di peringkat 19.
Dan bagaimana pula jika lepasan pelajar DKM ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di Uitm contohnya. Adakah sijil kami menepati syarat ataupun kami hanya mampu melanjutkan pelajaran di Utem & Unimap. Terima Kasih
1. Pastikan encik mengisi borang SPA8 dengan BETUL DAN TEPAT termasuk sijil dan diploma encik. pada pengalaman kami sebelum ini memang benar hanya jawatan gred 19 sahaja yang diambil untuk diduduki dibahagian teknikal. Tetapi ditidak mustahil untuk lepasan DKM mendapat tempat untuk gred 29. Tiada istilah tidak diiktiraf.
2. Tiada pengajian lanjutan ke UITM encik kecuali dari diploma UITM itu sendiri. kita dibahagian teknikal sepatutnya sedia maklum utk ke laluan ijazah, perkara utama adalah kelayakan SPM sebelum ini termasuk sijil dan diploma kemahiran tersebut. UTEM & UNIMAP adalah tempat menyambung ijazah teknikal yang sesuai dengan kemahiran. MAMPU atau TIDAK seseorang itu bergantung kepada kemahiran, semangat dan susunan pengisian borang tersebut. dan jangan lupa ambil MUET ya!!
assalamualaikum maaf . sy nak bertanya . . adik sy dah lepas lepasan skm 3 di Ikip skills pahang tapi adik sy tidak mempunyai spm kerana dia masuk kemahiran lepasan pt3 . apa ya jalan seterusnya untuk dia ? kelayakan dia kemana ya ? harap dapat membantu .
kami menyediakan Latihan Kemahiran dan penempatan pekerjaan, boleh hubungi pihak kami di talian disediakan
Assalam. adik sy baru selesai pembelajaran di GIATMARA dalam jurusan HOLISTIC AND WELLNESS SPA tahap 3. Untuk meneruskan pembelajaran seterusnya dimana ya? minta Tuan berikan pandangan dan cadangan.
Boleh cuba di https://www.facebook.com/bacm8
Saya ada seorang kawan umur dh 18 thun, dia skrg cuma ada SKM tahap 2, tpi tiada SPM krna dia trus ambil skm lepas dia tau result pt3 dia x brapa cmerlang, dia ingin mcari pluang pkerjaan yg lebih baik dan nk smbung skm tahap 3 pd msa akn dtg.Blh kh dia mengambil spm wlaupun sudah berumur 18 thun? pkerjaan apakh yg ssuai utk dia yg hnya mmpunyai skm thp 2 welding?
1. boleh sambung tahap 3 tiada masalah.
2. ambil SPM persendirian dalam rm180 6 subjek. pendaftaran SPM mestilah sebelum bulan 30 Mac Setiap tahun.
3. dengan umur dia 18 tahun, lebih baik sambung belajar dahulu
Salam tuan, saya sudah pun menghabiskan pengajian saya dalam bidang Sistem Maklumat DKM level 4, kalau nak sambung DLKM level 5 di mana ye? bole berikan cadangan ?? tq
Wsalam, sepanjang pengetahuan saya, untuk mencapai tahap 5 adalah dengan berbekalkan pengalaman bekerja lebih dari 3 tahun di tempat yang sama. boleh rujuk di laman web CIAST untuk menjadi Ahli Pakar Industri Negara. Ianya lebih baik dari tahap 5. :)
Saya ingin bertanya saya ni lepasan pelajar Kolej Komuniti yang mengambil kursus Sijil Sistem Komputer&Rangkaian, Bolehkah saya menggunakan sijil saya untuk memohon kemasukan ke JMTI dan DTAC menggunakan sijil ini?
Dtac tiada menyediakan kurus tersebut. tapi jikan JMTI/ADTEC boleh. Sila ke laman sesawang JMTI/ADTEC segera kerana pengambilan sebelum 30 Oktober ini
Assalamualaikum. Saya lepasan Diploma (IPTA) dalam bidang Kejuruteraan Elektronik Komunikasi. Adakah saya perlu mengambil khusus SKM/DLKM/DKM dari mula untuk menyertai Program di CIAST?
1. Ya
2. Boleh daftar untuk Program PPT (Rujuk Laman Web CIAST)
Salam tuan, terima kasih untuk perkongsian. Saya nak tanya:
1. Saya tak pernah sertai kursus SKM, boleh ke kalau saya terus sertai kursus tahap 2 dan dapatkan sijil tahap 2 tanpa kursus dan sijil tahap 1?
2. Memandangkan untuk dapatkan sijil tahap 4 kena ada SPM, jadi boleh ke orang yang ada SPM dapatkan sijil tahap 4 terus tanpa SKM 1,2,3?
Wsalam,
1. Tidak jika kursus tersebut menyediakan Tahap 1. Ada beberapa kursus yang tidak ada tahap 1 terus ke tahap 2 SKM.
2. Tidak, proses ini ibarat latihan berterusan. kita sendiri bermula dengan menangis,merangkak,berdiri dan berjalan. :)
Assalamualaikum…kalau nk bt balik sijil SKM thp2 yg hilang mcmmna ye?
Waalaikumsalam, Boleh rujuk disini
https://www.dsd.gov.my/index.php/my/perkhidmatan/persijilanAnak saya ada Diploma Kemahiran Tahap 4, dalam bidang Pembangunan Kandungan Kreatif (Multimedia), nak mohon ke Ijazah UTHM tidak layak kerana Additional Math tidak dapt sekurang kurangnya C. Apa cadangan tuan?
Saya cadangkan cuba di UTEM atau UNIMAP, jangan lupa ambil MUET ya!
Salam tuan saya ada skm tahap 1dan 2 bahagian pelukis pelan mana nak sambung ke tahap 3 dan seterusnya?
terima kasih
sila rujuk
pengambilan tutup pada 30 Oktober ini
1.Adakah DKM ni setaraf dengan sijil diploma yang ada di poli atau univesiti
2.Adakah peluang mendapat pekerjaan tinggi
1. Ya jika dibandingkan ke industri
2. Sangat tinggi. Sijil Kemahiran Malaysia adalah satu²nya sijil kemahiran di Malaysia
Salam tuan, saya lepasan pelajar skm tahap 3 operasi pengemasan, ingin menyambung. Di manakah tempat yg sesuai atau tmpt yg bertauliah selain ciast dan adtec ?
wsalam. adalah lebih baik encik bekerja dahulu 1 tahun atau lebih dalam bidang pekerjaan sama. dan selepas itu terus ambil PPT.
boleh rujuk PPT disini
Assalamualaikum En..sy keliru sijil jpk dan skm..sbb sy pernah minta sambung sijil tahap 3 dlm juruteknik elektrik di ilp tpi xlepas syarat sbb sy ada sijil jpk thp 1&2 shj dr kolej swasta
sijil JPK? ini pertama kali saya dengar? JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran) adalah jabatan yang mengeluarkan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA. JPK tidak mengeluarkan sijil nama mereka sendiri.
Assalamu’alaikum tuan..sy nk bertanya… Sy mempunyai skm tahap 2 Bangunan… Sy ingin menjadi tenaga pengajar… Bagaimana cara nya ye? Utk pengetahuan, sy berumur 35.. Masih layak utk memohon? Terima kasih
Untuk mendaftar sebagai tenaga pengajar VTO, perlukan sekurang²nya SKM 3 dalam mana² bidang
Salam tuan.sya masih lgi dlm bidang kulinary skm tahap 3 dan sya cuma nak tnya lps jer skm tahap 3 ini sya ingat mahu lanjutkan tpi kat mne sya blh ambil (dkm) tahap 4 yg brdekatan selangor
Wsalam. Boleh rujuk disini
Assalamualaikum tuan puan saya pelatih kursus teknologi automotif tahap 2 . Kalau saya nak sambung ke tahap 3 boleh tak? .
Boleh tiada masalah
salam.. adik sy ambik sijil penyejukbekuan dan penyaman udara di giatmara.. tahap 1 dan 2.. di mana nak sambung untuk tahap 3?
Wsalam, jika di Johor, boleh sambung di KPYPJ
Salam tuan…. saya dah abis SKM 3 Automotif. Nak sambung DKM tahap 4 boleh bagi cadangan. Terima kasih.
Wassalam tuan, mohon tuan rujuk CIAST & ADTEC untuk ke tahap berikutnya.
Harap dapat membantu dan salam kemahiran.
Salam..saya lepasan giatmara skm tahap 2 dlm bidang confectionery and bakery.. dimanakah patut saya sambung untuk skm tahap seterusnya??
Wa’alaikumsalam tuan, jika miliki SKM Tahap 2, tuan boleh terus sambung ke tahap berikutnya dalam bidang yang sama.
Namun jika ingin swambung ke tahap 4 dan seterusnya, tuan perlu ambil SPM sebagai kelayakan dalam MQA.
Harap dapat membantu dan salam kemahiran.
saya lepasan giatmara pembuatan pastri tahap 1 dan 2 .
Di mana saya harus sambung untuk ke tahap 3 dan 4..
Wa’alaikumsalam tuan, jika miliki SKM Tahap 2, tuan boleh terus sambung ke tahap berikutnya dalam bidang yang sama.
Namun jika ingin swambung ke tahap 4 dan seterusnya, tuan perlu ambil SPM sebagai kelayakan dalam MQA.
Harap dapat membantu dan salam kemahiran.
Asalamualaikom..jika kita memiliki skm sijil level 2 F&B apakah masih berpeluang atau layak untuk melanjutkan ke level 3 atau seterusnya..renoco
Wa’alaikumsalam tuan, jika miliki SKM Tahap 2, tuan boleh terus sambung ke tahap berikutnya dalam bidang yang sama.
Namun jika ingin swambung ke tahap 4 dan seterusnya, tuan perlu ambil SPM sebagai kelayakan dalam MQA.
Harap dapat membantu dan salam kemahiran.
Saya sekarang sedang kursus teknologi sistem komputer tahap 3, di mana saya boleh sambung selepas ini.masalahnya saya tiada SPM.
Sekiranya saya ingin memohon kerja kelak,adakah saya perlu mengambil SPM juga.Mohon bantuan Encik..Terima Kasih
Untuk sambung ke tahap seterusnya iaitu tahap 4, puan memerlukan kelayakan MQA seperti SPM.
Puan boleh rujuk di CIAST dan ADTEC untuk sambung latihan.
Jika kerja yang puan mohon perlukan SPM, ya memang perlu.
Harap dapat membantu dan salam kemahiran.
Salam, saya ada sijil skm 2 dan 3 dlm culinary art dan saya juga ada sijil city and guild dalam bidang yg sama. Soalanya, jika saya ingin melanjutkan pelajaran di manakah tempat yg sesuai yg dicadangkan oleh tuan? Boleh ke saya sambung di IPTA? Tq… dan satu lagi sijil skm ni boleh ke mohon utk kerja kerajaan di dalam spa8i?
Wasalam,
1. IPTA tiada silibus kemahiran yang meliputi sijil kemahiran malaysia. kecuali UTEM & Unimap
2. Boleh. Isi Borang dengan BETUL DAN TEPAT
Halo.. saya lepasan DKM bagi kursus pentadbiran sistem maklumat..saya nak tanya ada x dlkm bagi kursus sistem maklumat?
Helo,
Ada
Assalammualaikum,
Tuan,
Saya lepasan Kolej Vokasional dengan Diploma Mekanikal Teknologi Kimpalan (Tahap 4). Dimanakah pusat pendidikan untuk melanjutkan kemahiran/pelajaran:
1. Sijil 3G/6G (Ada belajar tetapi tiada sijil)
2, Kursus Kimpalan Dalam Air (Under Water)
3. Diploma Lanjutan Tahap 5.
Terima kasih.
Wsalam,
untuk bidang encik. pada kami ia dah cukup tinggi untuk memulakan kerjaya. kenapa perlu untuk tambah pembelajaran sedangkan boleh bekerja dan tambah pengalaman? rasanya lebih hebat encik selepas ini.
boleh rujuk sini untuk pertanyaan tentang add in welding
salam admin. tumpang tnya, sy lepasan kolej vokasional dan telah habis pengajian dlm kursus teknologi kimpalan. sy mempunyai sijil dvm, skm 4 dan vto.
saya ingin bertanya, adaka sy layak melanjutkan pengajian di universiti?
jika layak dmna perlu sy rujuk?
jika tidak layak, apa yg perlu sy buat supaya dapat melanjutkan pengajian di universiti?
dan sy memerlukan pendapat dr admin. sekian
Wassalam dan terima kasih atas respon tuan.
Ada 2 cara untuk sambung latihan dalam kemahiran selepas tamat latihan SKM Tahap 4 (DKM) iaitu ambil DLKM atau terus lanjutkan ke Ijazah.
Sebenarnya secara teorinya, DLKM (kemahiran) sama level dengan Ijazah/degree (MQA).
Tuan boleh rujuk untuk sambung latihan DLKM di JMTI dan CIAST dan untuk ijazah/degree boleh rujuk di UTEN dan UNIMAP.
Harap dapat membantu dan salam kemahiran.
Assalamualaikum.
Saya ada beberapa persoalan dan nak minta pendapat daripada admin. Sekarang ni adik saya sedang ambil Kursus Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam (SKM 3) di Giatmara. Adik saya 16 tahun. Tinggal di Johor.
Persoalan saya,
1. Apakah langkah seterusnya selepas adik saya tamat kursus tersebut? Adakah perlu masuk sekolah semula dan ambil SPM?
2. Jika tidak ambil SPM, apakah tahap yang lebih tinggi yang adik saya boleh ambil? Adakah sambung ke DKM/Tahap 4/VTO? Bagaimana ye caranya?
3. Untuk memohon kerja nanti, adakah peluang untuk mendapat kerja tu tinggi dengan menggunakan sijil SKM ni sahaja tanpa sijil SPM?
Terima kasih.
Wa’alaikumsalam Puan Mimi, kami cuba jawab persoalan Puan ikut turutan seperti dibawah,
1. Pengalaman kami, pelatih² yang menjalani latihan boleh ambil SPM ketika dalam latihan sebagai calon luar. Tujuannya adalah memenuhi syarat jika ingin sambung latihan ke peringkat lebih tinggi seperti sambung ke tahap 4 dan seterusnya.
2. Jika tiada SPM, adik Puan hanya boleh capai SKM Tahap 3. Untuk sambung ke SKM Tahap 4 dan berikutnya memerlukan kelayakan MQA seperti SPM dan SKM Tahap sebelumnya. Cara lain, adik Puan boleh ambil SKM Penilaian Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT).
3. Pengalaman kami, pelatih-pelatih kami lepasan SKM Tahap 3 mampu untuk mendapatkan gaji sehingga RM2500 dalam masa setahun.
Namun nasihat kami adalah lebih baik adik Puan menduduki SPM dan sambung latihan SKM ke tahap berikut kerana umur yang masih muda.
Harap dapat membantu dan salam kemahiran.
Salam tuan, saya lepasan pelajar skm tahap 3 elektrikal, ingin menyambung. Di manakah tempat yg sesuai atau tmpt yg bertauliah selain ciast dan adtec ?
Wassalam dan terima kasih kerana respon artikel kami.
Tahniah kerana telah tamat SKM Elektrik Tahap 3!
Keputusan tuan untuk sambung ke tahap seterusnya adalah langkah bijak demi masa depan yang terjamin.
Selain dari Ciast & Adtec, kami cadangkan tuan boleh sambung dalam jurusan DKM Elektrik di Akademi Miraj.
Harap dapat membantu dan salam kemahiran.
Assalamualaikum, dimanakah tempat untuk menyambung pembelajaran di peringkat DKM bagi kursus Sijil Kemahiran Malaysia Mekatronik tahap 3.
Wa’alaikumsalam dan terima kasih atas respon.
Untuk pengetahuan Puan, untuk sambung DKM Tahap 4, boleh pilih antara 2 pusat latihan berikut,
1/ Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam.
2/ Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST).
Harap dapat membantu dan salam kemahiran.
saya ada skm kulinari tahap 2. Ingin sambung tahap 3 . Di mana ada kursus ini?
Terima kasih atas respon tuan.
Tuan boleh mohon bidang Kulinari SKM Tahap 3 di Pusat Latihan Kemahiran Ikhtisas.
Harap dapat membantu dan salam kemahiran.
Assalamualaikum, anak saya hanya mengambil sijil skm tahap 3 dimana dia boleh sambung untuk tahap 4 & 5
Wa’alaikumsalam tuan dan terima kasih atas respon.
Untuk pengetahuan tuan, ada 2 pusat latihan utama yang boleh rujuk untuk anak tuan sambung belajar iaitu,
1/ Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST).
2/ Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam.
3/ Atau di Pusat Bertauliah (PB) yang dilantik seperti kami.
Harap dapat membantu dan salam kemahiran.
Salam… Saya pelajar DKM ILP yang mahu mlnjutkan pelajaran ke Universiti Awam… Tpi malangnya DKM kami tidak diktiraf sbb tiada MQA.. So soalannya blehka sya mnymbung degree selepas ini ataupun hnya setakat DLKM sja.
Wassalam dan terima kasih atas respon tuan.
Ada 2 cara untuk sambung latihan dalam kemahiran selepas tamat latihan SKM Tahap 4 (DKM) iaitu ambil DLKM atau terus lanjutkan ke Ijazah.
Sebenarnya secara teorinya, DLKM (kemahiran) sama level dengan Ijazah/degree (MQA).
Tuan boleh rujuk untuk sambung latihan DLKM di JMTI dan CIAST dan untuk ijazah/degree boleh rujuk di UTEN dan UNIMAP.
Harap dapat membantu dan salam kemahiran.
Saya seorang pelajar dri giatmara seremban , saya sedang menjalani kursus teknologi bangunan . sijil yang saya dapat SKM tahap 2 , dimana saya boleh smbung SKM tahap 3 atau boleh tak saya masok ke politeknik ?
Terima kasih atas respon tuan,
Dalam pengetahuan kami, kursus tuan tidak sealiran dengan kursus yang bakal tuan mohon di Politeknik kerana disana dalam aliran MQA sedangkan tuan dalam aliran kemahiran.
Sudah pasti tidak dapat memohon ke Politeknik tapi boleh mohon dimana-mana Pusat Bertauliah (PB) dalam aliran yang sama.
Harap dapat membantu dan salam kemahiran.
Tuan , anak saya lepasan SKM 4 elektronik. yg mana lebih baik bekerja utk isi kemahiran atau terus menyambung lagi 1 1/2 tahun utk dapatkan SKM 5 ?
Terima kasih atas respon tuan.
Bergantung kepada kemampuan tuan, bagi kami jika dibiarkan anak yang sedang belajar bekerja, bila dah pegang duit dibimbangi tidak mahu sambung belajar.
Adalah lebih baik tuan terus autrkan anak tuan sambung belajar hingga ke tahap yang tertinggi sementara masih cekap, tegap dan mampu.
Namun tuan jangan bimbang kerana bila-bila masa sahaja anak tuan boleh sambung belajar walaupun sedang bekerja.
Harap dapat membantu dan salam kemahiran.
Assalamualaikum tuan , saya telah memiliki sijil tahap 4. Sudah memadai ke untuk saya gunakan sijil ini untuk memohon kerja ?
Wa’alaikumsalam dan terima kasih atas respon.
Ya, sudah boleh untuk mohon kerja dalam bidang berkaitan.
Untuk pengetahuan tuan, gaji juga mengikut tahap kelulusan kemahiran yang tuan miliki.
Salam kemahiran.
Assalamualaikum, saya ingin bertanya sedikit. Saya pelajar Kolej Komuniti dan mengambil kos Sijil Teknologi Maklumat, tapi pensyarah saya kata sijil dari Kolej Komuniti ni tidak mempunyai tahap tetapi telah diiktirafkan oleh MQA. Tempoh pembelajaran saya selama 2 tahun, jadi, tidak berbaloi lah kalau sijil saya ni tidak mempunyai tahap apa apa.
Soalan saya, bolehkah saya ingin mendapatkan/memohon sijil SKM yang bertahap 3 dgn menggunakan sijil dari Kolej Komuniti?
Waalaikumsalam, untuk pengetahuan saudara, Kolej komuniti adalah kolej dibawah Kementerian Pengajian Tinggi, ia sememangnya tidak melibatkan Sijil Kemahiran Malaysia. Untuk menyambung pelajaran saudara, saya cadangkan saudara ke kolej dibawah KPM atau Politeknik. Kedua-dua sijil adalah baik bergantung kepada pembelajaran saudara sendiri.
Jawapan : Tidak kerana Pengeluaran sijil adalah bukan dari kementerian yang sama kecuali saudara belajar semula dari tahap awal.
terima kasih
Assalamualaikum…En saya dri graduan Kolej Vokasional. Saya ada sijil skm tahap 4(DKM) dekat mana saya boleh sambung skm tahap 5?
Walaikumsalam, boleh saya tahu kursus apa yang di ambil man?
Salam admin. Saya tertarik dengan artikel yang admin telah terbitkan. Namun, saya ada sedikit kekeliruan dan perlukan penjelasan.
1) Jika saya mengambil sijil kemahiran jangka pendek, adakah ia sama taraf dengan sijil kemahiran jangka panjang?
2) Mungkin lari sedikit dari topik, tapi sekiranya sama taraf, bolehkah kursus jangka pendek diletakkan didalam resume, kerana kursus tersebut hanyalah diambil pada jangka waktu yang singkat?
Terima kasih kerana sudi melayan persoalan saya ini.
Wassalam En Mirul dan terima kasih atas respon.
Maaf En, kami kurang jelas tentang Sijil Jangka Pendek atau mungkin encik maksudkan kursus PPT (Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu).
Taraf kursus SKM sepenuh masa dan PPT adalah sama.
Cuma kelayakan untuk mohon PPT perlukan pengalaman kerja sekurang-kurangnya setahun.
Harap dapat membantu dan salam kemahiran.
selamat petang , sya sedang menjalani menjalani latihan di giatmara (teknologi komputer tahap 3) dan sekarang saya mencari tempat untuk saya menlanjutkn pembelajaran saya ke tahan 4 ,
Selamat petang dan terima kasih kerana respon dengan kami.
Untuk sambung tahap 4, anda boleh rujuk laman web berikut,
1/ Adtec Shah Alam.
2/ ILP Tangkak.
Harap dapat membantu dan salam kemahiran.
Mohon pencerahan,,,Samada pelajar lepasan sijil kejuruteraan automatif (ikm lumut) layak mendapat sijil SKM? Jika ada…tahap berapa?
Terima kasih kerana respon dengan kami.
Sijil Kejuruteraan Automotif termasuk dalam kursus program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Program Sijil ada tahap iaitu tahap 1, tahap 2 dan tahap 3.
Program Diploma. SKM Tahap 4 dan Diploma Lanjtan Kemahiran Malaysia, Tahap 5.
Sijil SKM yang dikeluarkan mengikut kod kursus yang dijalani Encik.
Harap membantu dan salam kemahiran.
Salam..saya baru tamat skm tahap 3 dlm bidang Jahitan Pakaian Wanita..
Dimanakah tempat yang terbaik untuk saya lanjutkan Dkm tahap 4?
Wassalam dan terima kasih kerana respon dengan kami.
Untuk pengetahuan Cik, DKM Tahap 4 kursus Tekstil & Pakaian ada disediakan di Institut Kemahiran Bestari.
Cik boleh rujuk laman web melalui link dibawah,
Laman Web Institut Kemahiran Bestari.
Harap dapat membantu Cik dan salam kemahiran.
Assalamualaikum saya ada diploma lanjutan kemahiran malaysia , bolehkah saya melanjutkan pelajar dalam ijazah sarjana muda ?
Wa’alaikumsalam tuan, terima kasih kerana respon dengan kami.
Ada 2 cara untuk sambung latihan dalam kemahiran selepas tamat latihan SKM Tahap 4 (DKM) iaitu ambil DLKM atau terus lanjutkan ke Ijazah.
Sebenarnya secara teorinya, DLKM (kemahiran) sama level dengan Ijazah/degree (MQA).
Tuan boleh rujuk untuk sambung latihan DLKM di JMTI dan CIAST dan untuk ijazah/degree boleh rujuk di UTEN dan UNIMAP.
Harap dapat membantu, salam kemahiran.
saya ada skm tahap 4 dalam bidang teknologi kimpalan. jawatan apa yang boleh saya mohon? kemana hala tuju?
Terima kasih kerana repon dengan kami.
Untuk pengetahuan tuan, bidang teknologi kimpalan mempunyai peluang kerjaya dalam jawatan berikut,
1/ Welding Inspector.
2/ Assistant Welding Inspector.
3/ Welder Fitter.
4/ Juruteknik Kimpalan.
Halatuju bidang berkenaan sangat jauh dan mendapat permintaan yang tinggi di industri gergasi.
Harap dapat membantu dan salam kemahiran.
Saya ada skm 3 graphic design and advertising lepasan giatmara boleh tak saya sambung dkm tahap 4 dan vto tuh untuk jadi tenaga pengajar vokasional? Dimana? Bagaimana?
Terima kasih kerana respon dengan kami.
Dalam pengetahuan kami, kursus yang Cik Nurhani pilih ada terdapat di ILP Kuala Langat.
Cik boleh rujuk di link di bawah,
Laman Web ILP Kuala Langat.
Harap dapat bantu Cik dan salam kemahiran.
How can I continue level 5, we’re is available.. I want to do level 5 in food and beverage
Thank you for your response on our articles.
Sorry for the late reply, and of course we are trying to help everyone.
For your information, we found that the course of Food & Beverages till SKM Level 4 (Diploma In Food & Beverage).
Click at the link below,
Diploma Perkhidmatan Penyediaan & Pembuatan Makanan
But you can further your skills in Politeknik.
Salam kemahiran.
Saya ingin bertanya, adakah CIAST menyediakan program PJJ ?
Terima kasih atas respon puan.
Dalam pengetahuan kami, CIAST tidak lagi menyediakan kursus PJJ sejak beberapa tahun lepas.
Mungkin puan boleh mohon kursus seperti dalam link dibawah
1/ Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).
Harap dapat membantu dan salam kemahiran.
Asslm…anak saya sedang menjalani latihan di Giatmara (Teknologi sistem komputer tahap 3) dan saya sedang mencari tempat untuk anak saya meneruskan latihan untuk tahap 4..terima kasih
Wa’alaikumsalam Puan dan terima kasih atas respon.
Anak Puan boleh terus memohon untuk Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 di ADTEC Batu Pahat dan Melaka.
Boleh dapatkan maklumat lanjut dan hubungi institusi terbabit melalui link dibawah,
1/ ADTEC Baru Pahat.
2/ ADTEC Melaka.
Harap dapat membantu pihak Puan dan salam kemahiran.
Anak saya memiliki diploma teknoloji kimpalan. Perlukah dia mengikuti kursus skm untuk mudah diberi tawaran kerja
Terima kasih atas respon tuan .
Pertama boleh tahu anak tuan memiliki persijilan tersebut dari insitusi mana?
Jika tidak sealiran dalam bidang kemahiran dan demi mendapat tempat dalam bidang industri negara, adalah lebih baik dan anak tuan miliki peluang lebih cerah jika ada sijil dalam program SKM.
Atau jika ada pengalaman kerja minimum setahun, boleh ikut jalan pintas melalui kursus Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).
Harap membantu tuan dan salam kemahiran.
Asalamualaikum…
Anak saya dapat panggil di JMTi dlm jurusan
Diploma Kejuruteraan Komputer…
Apa pandangan encik…ada lbh baik atau trs kn tuk smbng bljr di Politeknik…sbb rata2 org semua xtau apa itu JMTI?Saya jadi komoius
Wa’alaikumsalam Puan dan terima kasih atas respon.
Pendapat kami, adalah sangat baik masukkan anak Puan di JMTI iaitu aliran kemahiran.
Buktinya kini, industri kini sedang dalam implementasi industri 4.0 dimana industri yang memerlukan robotik yang berfungsi sepenuhnya dalam automasi.
Dan sudah pastu memerlukan kepakaran manusia dalam kejuruteraan komputer untuk memastikan industri automasi berjalan dengan lancar.
Puan, mereka yang dalam industri lain mungkin tidak kenal dengan JMTI tetapi dalam bidnag kemahiran, JMTI adalah institut yang terbaik dan menjadi pilihan no 1 pelatih-pelatih industri Malaysia.
Harap dapat membantu dan salam kemahiran.
assalamualaikum Tuan.. dimana saya boleh menyertai program SKM Penyelia Keselamatan dan Kesihatan Tapak Binaan yang ditaja?
Wa’alaikumsalam tuan dan terima kasih atas respon.
Dalam pengetahuan kami, kursus tersebut ada ditawarkan di IKBN Bandar Penawar.
Tuan boleh dan hubungi pihak tersebut melalui link di bawah,
IKBN Bandar Penawar.
Salam kemahiran.
hai . saya ada mendaftar untuk kursus jangka pendek iljtm . nak tanya , sekiranya saya berjaya dapat sijil dan mempunyai pengalaman bekerja kemudian , adakah saya layak untuk mohon ppt ?
Terima kasih atas respon.
Secara kasarnya, ya tuan/puan layak untuk mohon PPT.
Namun ada beberapa kriteris yang perlu dipatuhi seperti minimum setahun bekerja dan mengikut tahap persijilan.
Harap dapat membantu dan salam kemahiran.
Hai, saya baru nak melanjutkan pelajaran. Selepas bertanya apakah sijil dipoma yang ditawarkan di institut tersebut. Saya akan menerima sijil kemahiran malaysia tahap-4. Adakah sijil yang ditawarkan kepada saya akan membuatkan saya lebih mudah untuk mendapat pekerjaan?
Hai, En Mohammad Shafiq. Terima kasih kerana respon dengan artikel kami.
Industri sedang menuju atau mengimplementasikan industri 4.0 dan sudah tentu semakin banyak memerlukan khidmat pakar dalam bidang kemahiran.
Dan oleh kerana itu bidang kemahiran menjadi keutamaan dalam mengisi kekosongan jawatan-jawatan dalam industri tersebut.
Dan lebih menarik seperti Pusat Latihan Kemahiran kami, DTAC, kami terus beri jaminan pekerjaan kepada pelatih-pelatih yang tamat latihan untuk bekerja di industri yang ada MOU dengan kami.
Tamat latihan terus bekerja disediakan oleh pusat latihan tertentu sahaja.
Harap dapat membantu dan salam kemahiran.
Asssalammualaikum, Sy nurul.mohon pandangan tuan..
Sy berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan selama 9 tahun.Dalam bahagian pentadbiran.
Situasi sy sekarang, sy telah mendapat tawaran biasiswa JPA bagi Diploma TVET Pengurusan Pejabat. Pada pandangan tuan, adakah sy perlu ambil peluang dari JPA tersebut atau ambil PPT? Apakah peluang atau kelebihan selepas sy memperoleh Diploma TVET Pengurusan Pejabat?
Wa’alaikumsalam Puan Nurul dan terima kasih kerana respon artikel kami.
1/ Maafkan kami Puan, kami kurang pasti berkenaan Diploma TVET Pengurusan Pejabat di bawah biasiswa JPA.
2/ Tapi yang kami pasti pada pandangan kami, adalah lebih baik Puan ambil peluang dari biasiswa JPA.
Harap dapat membantu dan salam kemahiran.
Assalamualaikum cik sy nk tnya sekarang saya sedang mengikuti kursus vto..sekarang ada masalah untuk cari tmpt utk internship bagi kos aircond..boleh sy tahu kolej swasta yang mana menawarkan latihan internship untuk vto dalam bidang aircond di kelantan?terima kasih..???
Wa’alaikumsalam Tuan dan terima kasih respon kami.
Maafkan kami tuan, soalan tuan diluar pengetahuan kami.
Salam kemahiran.
Sekarang saya ada SKM Tahap 3 Teknologi Minyak & Gas (Cadd Mechanical) pelan lukisan. saya ingin Menyambung ke tahap 4 DKM & DLKM. dmnakah pusat @institusi yang mnyediakan bidang yang sama ??
Terima kasih kerana respon dengan kami.
Tuan boleh rujuk dengan institusi berikut,
1/ Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI).
2/ Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST).
Harap dapat membantu. Salam kemahiran!
Hai saya nak tanya lah, saya kerja dekat kk supermart and dorang ada tawarkan saya SLDN, so kalau saya plan amik SKM sampai tahap 3, so jumlah 2 tahun. Dan saya sambung balik dkm dan dlkm, maknanya saya boleh sambung belajar degree ke?
Hai Puan, terima kasih kerana respon dengan kami.
Ada 2 cara untuk sambung latihan dalam kemahiran selepas tamat latihan SKM Tahap 4 (DKM) iaitu ambil DLKM atau terus lanjutkan ke Ijazah.
Sebenarnya secara teorinya, DLKM (kemahiran) sama level dengan Ijazah/degree (MQA).
Puan boleh rujuk untuk sambung latihan DLKM di JMTI dan CIAST dan untuk ijazah/degree boleh rujuk di UTEN dan UNIMAP.
Harap dapat membantu, salam kemahiran.
Salam tuan/puan,
Bagi pemegang DKM Teknologi Elektronik Industri Tahap 4, dimanakah tempat yang boleh melanjutkan pelajaran ke DLKM tahap 5?
Terima kasih
Wassalam dan terima kasih kerana respon artikel kami.
Merujuk kepada soalan tuan, tempat yang boleh melanjutkan latihan ke DLKM (Tahap 5) adalah seperti berikut,
1/ Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI).
2/ Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST).
Harap dapat membantu. Salam kemahiran!
Kalau lepasan spm sambung belajar di pusat giat mara (baru nk masuk). Bolehkah selepas itu sijil pusat giat itu digunakan utk sambung dploma di poli ikm mahupun uitm?
Terima kasih kerana respon artikel kami.
Ya, pusat latihan Giat Mara juga menggunakan persijilan dari Sijil Kemahiran Malaysia dan ianya diiktiraf dan boleh sambung latihan institusi seperti yang disebutkan tuan.
Contoh carta alir proses sambung belajar seperti di bawah,
Giat Mara –> IKM –> KPTM atau KKTM –> JMTI (Ijazah).
Salam kemahiran.
Salam..saya lepas skm tahap 3 dlam industri automasi,nak tanya tempoh untuk sambung diploma dlam bidang yg sama dgn kaedah pjj(belajar sambil bekerja). .pling singkat brapa lama tempoh yg diperuntukan..trrima kasih
Wassalam dan terima kasih kerana respon artikel kami.
Disini kami cuba senaraikan jawapan bagi soalan tuan,
1/ Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) tidak menyediakan skim latihan secara PJJ, namun ianya boleh didapati dalam 3 kaedah. Sila rujuk link dibawah,
Kaedah-kaedah persijilan kemahiran Malaysia.
2/ Tempoh pengajian adalah mengikut kaedah mana yang diambil (rujuk jawapan 1) dan lazimnya tempoh latihan untuk DKM adalah 2-4 tahun.
Salam kemahiran.
assalamualaikum tuan.
saya nak tanya ,saya belajar ikm dalam bidang sijil kejuruteraan komputer(2010-2012).tahap berapakah sijil saya?
terima kasih
Wa’alaikumsalam tuan, terima kasih kerana respon artikel kami.
Untuk kes tuan, untuk pengetahuan tuan, tahap sijil adalah bergantung kepada bidang kursus apa yang tuan ambil.
Dan setiap kursus kemahiran ada kod-kod tertentu yang menentukan tahap kemahiran masing-masing.
Harap dapat membantu. Salam kemahiran.
kalau SKM3 pelukis pelan kejuruteraan mekanikal nak sambung tahap 4 kursus apa patut saya ambil ?
Terima kasih kerana respon pada artikel kami.
Untuk kes tuan/puan, kami cadangkan anda sambung ke tahap 4 dalam bidang kursus yang sama.
Boleh rujuk di pusat atau institusi berikut,
1/ Institut Teknologi Jepun – Malaysia.
2/ Pusat Latihan Teknologi Tinggi Adtec Batu Pahat.
Harap membantu tuan/puan membuat keputusan.
Salam kemahiran.
Assalamualaikum. Saya nak tanya Kalau saya bersekolah di kolej vokasional skrg dalm tahun 2 sijil vokasional bolehkah saya menukar ke kolej lain untuk sambung ke DVM? Says dam bidang teknologi elektrik
Wa’alaikumsalam dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Dalam pengetahuan kami, jika syarat-syarat dalam vokasional dipenuhi, anda boleh sambung ke tahap seterusnya.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk melalui link dibawah,
Laman Web Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Salam kemahiran.
Assalamualaiikum…
Saya nak tanya, jika saya sudah mempunyai diploma dalam fashion design adakah saya masih perlu mengikuti program yg ditetapkan utk mendapatkan sijil kemahiran malaysia…?
Wa’alaikumsalam dan terima kasih menghubungi kami.
Ya, untuk sertai kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tersebut.
Salam kemahiran.
salam saya ingin tahu saya salah seorang bekas pelajar di institut kemahiran mara lumut dalam sijil teknologi kimpalan 2008-2010..tamat 4semester termasuk praktikal..adakah saya layak menerima sijil kemahiran malaysia dan bagaimana caranya?mohon pencerahan admin
Wassalam, terima kasih kerana menghubungi kami.
Sijil Teknologi Kimpalan yang saudara miliki adalah dibawah tajaan MARA dan TIDAK sealiran dengan KEMAHIRAN.
Untuk miliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), saudara perlu jalani latihan dari awal dalam kursus kemahiran.
Salam kemahiran.
saya nak tanya dalam CIAST ada tak course animation untuk buat dlkm/ jadi tenaga pengajar
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Di CIAST, TIADA kursus yang dimaksudkan.
Untuk VTO (tenaga pengajar) ADA.
Boleh rujuk makulmat lanjut di link di bawah,
Laman Web CIAST.
Salam kemahiran.
sy lepasan giatmara automotif tahap 1 dan 2 .
D mnakah sy harus sambung untuk ke tahap 3 dan 4..
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk jawab soalan tuan, perlu rujuk dengan Institusi Kemahiran MARA.
Sila rujuk link di bawah,
Portal Rasmi MARA.
Anak saya lepasan Diploma Fesyen dan Jahitan dari Kolej Vokesional, dimanakah boleh dia sambung belajar sebagai pereka fesyen. Terima Kasih
Terima kasih atas respon Puan.
Untuk pengetahuan Puan, Kursus VTo disediakan di CIAST.
maklumat lanjut, sila klik link di bawah,
Lama Web CIAST.
Salam kemahiran.
Saya telah tamat Diploma fesyen dan jahitan dari Kolej Vokesional Setapak, saya bercadang untuk mengikuti kursus Vocational Training Operaction (VTO) sebagai Tenaga Pengajar. Boleh tahu bagaimana caranya ?
Terima kasih atas respon Cik.
Untuk pengetahuan Cik, Kursus VTo disediakan di CIAST.
maklumat lanjut, sila klik link di bawah,
Lama Web CIAST.
Salam kemahiran.
Hello Saya telah tamat DKM Sistem Komputer. Dan ingin sambung belajar. Saya berhenti dari sekolah sebelum peperiksaan PT3/PMR, maka saya tiada SPM.
Terima kasih kerana respon artikel ini.
Dalam pengetahuan kami, kursus Sistem Maklumat tiada Tahap 5 tapi ada Diploma Lanjutan.
Tuan boleh hubungi CIAST untuk maklumat lanjut,
Laman web CIAST.
Salam kemahiran.
Assalamualaikum admin, kalau dekat pahang utk sijil automotif dkt mana ye.. Saya umur 25, layak mohon lagi ke… N sy perlu start dri sijil 1 ke terus sijil 2..Costing yuran berapa..
Wa’alaikumsalam, terima kasih respon kepada kami.
Untuk zon Pahang, kami cadangkan anda berhubung melalui link di bawah,
Kolej yayasan Pahang Advanced Skills.
Salam kemahiran.
hi, saya baru hbs study DKM (tahap 4) dalam kursus animasi, boleh saya tahu adakah lebih baik untuk saya sambung belajar in degree atau ambil DLKM di CIAST. Jikalau saya nak sambung degree using my DKM, uni mana yang terima diploma kemahiran malaysia saya? tq
Terima kasih kerana respon artikel kami.
Boleh sambung ijazah tapi ada syaratnya mengikut kursus yang dipilih,
1/ Ambil Malaysian University English Test (MUET).
2/ Daftar UPU.
Salam kemahiran.
Tumpang tanya, diploma kejuruteraan automotive politeknik dikira SKM tahap 4? Atau perlu ambil dari tahap 1?
Diploma Kejuruteraan Politeknik TIDAK dikira sebagai SKM Tahap 4 kerana ia adalah kategori yang berlainan.
Jika mahu ambil SKM, perlu jalani latihan dari awal.
Terima kasih,
Saya mempunyai tahap dkm(4) pemasaran apabila saya buat dlkm pemasaran, adakah boleh sambung ke ijazah?
Terima kasih kerana respon artikel kami.
Boleh sambung ijazah tapi ada syaratnya mengikut kursus yang dipilih,
1/ Ambil Malaysian University English Test (MUET).
2/ Daftar UPU.
Salam kemahiran.
Saya nak sambung dlkm tahap 5 sekarang saya ada Dkm sistem maklumat . Jadi mana tempat saya boleh masuk ye? Boleh ke sambung ke tahap degree?
Terima kasih kerana respon artikel ini.
Dalam pengetahuan kami, kursus Sistem Maklumat tiada Tahap 5 tapi ada Diploma Lanjutan.
Tuan boleh hubungi CIAST untuk maklumat lanjut,
Laman web CIAST.
Salam kemahiran.
saya nak ambik tahap 5 DLKM, Sekang ada sampai tahap 4,
Terima kasih kerana hubungi kami.
Boleh saya tahu awak dalam kursus apa?
Salam kemahiran.
salam sye dah ad pengalaman kerja selama 5tahun dan saye ada sijil2 kursus pendek dari mara , kolej komuniti dan lain2 dalam bidang bakeri , so saye nak tanye adakah saye kena mula dari bawah balik ke untuk apply sebagai tenaga pengajar ?
Wa’alaikumsalam, terima kasih kerana hubungi kami.
Ya Cik, perlu bermula dari awal kerana kolej komuniti dan MARA tidak sama bidang kursusnya.
Oleh kerana Cik sudah ada pengalaman, kami cadangkan Cik terus guna kaedah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) Tahap 2, Tahap 3 dan Tahap 4 dan terus ambil Sijil Pengajar Vokasional (VTO) untuk menjadi tenaga pengajar.
Cik boleh terus berhubung dengan CIAST melalui link dibawah,
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM + VTO) CIAST.
Salam kemahiran.
Hello saya telah tamat diploma dalam kejuruteraan awam saya ingin sambung belajar dalam kursus kemahiran yang ada kiatan dengan diploma saya apa saya boleh buat? Kursus mana boleh saya ambil? Saya x minat sambung degree
Hi En Divinesh, terima kasih kerana menghubungi kami.
Ada 2 cara yang Encik boleh lakukan,
1/ Jika Aliran Kemahiran.
Sekiranya Diploma Kejuruteraan Awam tersebut adalah aliran kemahiran, maka Encik boleh terus sambung di CIAST dan ambil Sijil Pengajar Vokasional (VTO).
2/ Jika Bukan Aliran Kemahiran.
Encik boleh mohon untuk kaedah PPT Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2, 3 dan 4 + VTO dan sudah pastilah kos lebih murah.
Sila klik link di bawah untuk maklumat lanjut,
Sijil Kemahiran Malaysia + VTO.
Salam Tuan. Boleh saya tahu kt mana saya nak buat rujukan untuk syarat kemasukan dan kursus SKM? Saya fresh grad ijazah sarjana muda biologi. Teringin nk ambil sijil kemahiran. T.kasih
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Boleh kami tahu Tuan berminat dalam kursus apa?
Maklumat lanjut, sila klik link dibawah,
Kursus Sijil Kemahiran Malaysia.
saya dah kerja dalam bidang ini selama 22 tahun sebagai juruukur.kalau saya ambil sijil macam mana caranya?
Terima kasih kerana hubungi kami Encik Daniel.
Maksud Encik, kursus SKM Juru Ukur Tanah ke?
Untuk lanjut, Encik boleh hubungi melalui link di bawah,
Jabatan Pembangunan Kemahiran.
Adik saya ada skm tahap 2 bagi elektrikal…bleh sambung ke tahap 3 tak….di mana tempat dia nak sambung ya
Boleh sambung SKM Tahap 3 Elektrik.
Sila rujuk link berikut,
Sijil Tahap 3 Juruelektrik.
Terima kasih.
Saya lepasan DKM Pengurusan Operasi Percetakan, Saya ingin mengetahui dimanakah boleh saya menyambung pengajian Diploma Lanjutan dalam bidang yang sama, harap dapat penjelasan dari pehak tuan.
Terima kasih.
Kami tak pasti sama ada Kursus Pengurusan Operasi Percetakan ada atau tidak tapi hasil pertanyaan dari mereka yang berada di institut yang berkenaan, encik boleh bertanya secara terus melalui link berikut,
Laman hubungi ILP Kuala Langat.
Terima kasih encik.
Anak saya akan menduduki peperiksaan akhir tahap 3 di International Unifield college (SKM komputer system). Dimanakah kolej pengajian lain sekiranya anak saya ingin menyambung DKM (tahap 4) seterus nya. diharap pihak tuan dapat memberi panduan.. Terima kasi diatas keprihation tuan
Terima kasih kerana hubungi Puan.
Puan boleh rujuk di link dibawah,
Diploma Teknologi Komputer (Sistem) Tahap 4.
Anak saya baru selesai kursus sijil kulinari tahap 3 di showme Internatinal di trengganu dan nak sambung ke diploma kulinari dan nak sambung di mana? klau nak sambung dipoliteknik atau uitem boleh ke?
Terima kasih hubungi kami Puan.
Puan boleh rujuk di link di bawah,
Kursus Kulinari Tahap 4
Politeknik dan Unitem tidak sealiran tapi Puan boleh cuba untuk kepastian.
Jika sy mempunyai skm tahap 2 dan 3 dalam bidang dandanan rambut tapi sy tidak mempunyai spm bolehkah sy mengambil kursus vto dan ada bayaran dikenakan ke?
Terima kasih kerana hubungi kami.
Rasanya Puan boleh rujuk pada link di bawah,
Kursus Dandanan Rambut Tahap 4.
Anak saya ada skm kulinari tahap 1&2. Ingin sambung tahap 3 & 4. Di mana ada kursus ini?
Terima kasih hubungi kami Puan.
Puan boleh rujuk di link di bawah,
Kursus Kulinari Tahap 4
sijil ditahap berapa yg sama level dengan spm?
saya ingin memohon skm sehingga tahap 5 bidang kerani.sekarang saya berkerja di badan berkanun selama 5 tahun.bagaimana untuk memohon?apa dokumen yang perlu disertakan?
Kami difahamkan Kursus Kerani SKM hanya ada sampai tahap 4 sahaja.
Untuk pertanyaan lanjut, Puan boleh hubungi terus ibu pejabat JPK melalui link dibawah,
Hubungi JPK
saya dah ada skm tahap 2 . dan mahu meneruskan ke tahap 3 . kemana harus saya mohon ? terima kasih
Terima kasih kerana hubungi kami.
Boleh kami tahu, Cik ambil kursus apa?
saya dah ada skm tahap 2 . dan mahu meneruskan ke tahap 3 . kemana harus saya mohon ?
Boleh kami tahu SKM Tahap 2 tu kursus apa ya Cik?
Salam sejahtera,
Sy nk tanya, kalau seseorg tu dah ada diploma & ijazah sarjana muda dlm bidang kejuruteraan elektronik lbh kurang 5thn yg lalu dr universiti tempatan…makanya utk ambil skm dia perlu mula dr tahap 1 ke? Mohon pencerahan. Terima kasih.
Ya betul kerana alirannya tak sama.
Kejuruteraan vs kemahiran.
Cik mesti bermula dari awal.
Terima kasih kerana hubungi kami.
Bagaimana saya ingin mencari calon untuk mengambil Diploma Kemahiran Malaysia bagi Program Pengurusan Pentadbiran?
Apa kelayakan yang diperlukan Puan?
i wan apply skm where avaible at kuching sarawak?
Sila rujuk ILP, Sarawak.
Apa keburukannya kalau saya tak ambil skm tahap 4? Adakah ia akan menjejaskan skm tahap 2&3 saya? Mohon penjelasan.
Tiada keburukan yang berkaitan dengan tahap-tahap sebelumnya, cumanya ianya lebih kepada tingkatan ilmu dan semakin diperhalusi pengetahuannya.
Kalau sya lepasan ikm ..saya mempunyai sijil tahap 3 ..klau saya meneruskan kan pengajian ke kktm dengan sijil tahap.4 boleh tak. Tapi saya nk potong subjek ..maksud saya disini ingin singkatkan masa 3 tahun ke 1 tahun 5 bulan boleh tak. Adakah cara saya saya nie diiktiraf mqa
Dalam rujukan dan pengetahuan kami, En boleh meneruskan pengajian dan memendekkan tempoh pengajian dengan syarat tertentu.
Sila rujuk atau hubungi KKTM.
jika seseorang tu fresh grad diploma dari kos kejuteraan elektronik bioperubutan , skm kene mula dari mula ke?
Ya, betul. Boleh kami tahu, sebelum ni Cik belajar kat mana?
Saya ingin melanjutkan pelajaran tahap 5 dalam bidang komputer rangkaian, dimanakah tempat yang ada tahap 5 dalam bidang komputer rangkaian? sebab banyak tempat saya tanya tapi hanya ada tahap 5 komputer sistem sahaja. saya pernah cuba memohon tetapi pihak institut cakap bidang saya tidak boleh sambung pada tahap 5 komputer sistem. mohon pencerahan tuan. Terima Kasih
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Dalam pengetahuan dan rujukan kami, kursus komputer rangkaian tiada tahap 5.
Untuk maklumat lanjut sila rujuk di laman web IJLTM.
Di mana ada pusat pengajian yang menerima pelajar yang nak amik Diploma lanjutan yang umur dah capai 34. Masih boleh blajar lagi ke ? Tapi di mana?
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) hanya disediakan di CIAST dan ambilan antara bulan Mei hingga Julai.
Kemaskini terkini dan maklumat lanjut di laman rasmi CIAST.
i’m noW in my SKM 3 in Fashion and Dressmaking and I ‘m thinking about further my studies. But I don’t know where should I continues my study. Should i continue to my Diploma or DKM and DLKM.
Terima kasih kerana hubungi kami Puan.
Berdasarkan keterangan ringkas puan, kami nasihatkan puan lanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya DKM dan DLKM.
Jika puan tukar bidang, terpaksa bermula dari asas.
Utk fresh grad yg ada diploma, still kna start dgn tahap 1, atau boleh skip tahap tu?
Terima kasih kerana hubungi kami Tuan.
Boleh kami tahu Diploma yang tuan maksudkan dalam bidang apa?
Jika bidang tidak berkaitan, tuan perlu bermula dari asas iaitu tahap 2.
Kt mana sy bole mohon tuk diploma pendidikan awal kanak-kanak
Terima kasih kerana hubungi kami Puan.
Maaf Puan, bidang yang ditanya diluar pengetahuan kami.
I have completed my Certificate in Mechatronics Engineering (SKM 2&3). Should I enrol for DKM 4 and continue my Bachelor Degree in Mechatronics Engineering or I can enrol direct for my Bachelor Degree?
saya sedang mencari pelatih yang ada sekurangkurang Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 untuk mengikuti kurusus Vocational Training Operaction. Sijil yang dikeluarkan oleh JPK melayakan sesorang itu menjadi Tenaga Pengajar Kemahiran. Kepada yang berminat boleh whatsapp saya no 012 7262632
Tuan boleh cuba dapatkan graduan Kolej Vokasional. Sebab mereka semuanya ada Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4.