Belia Sabah Dalam Program RAISE Telah Di Sunting Industri Di Johor

Belia Sabah

Belia Sabah Dalam Program RAISE Telah Di Sunting Industri Di Johor

Tags :

Category : Buletin

13/03/2018

Belia Sabah yang menyertai Program RAISE sebulan yang lalu telah pun di sunting oleh salah sebuah industri di Johor.

Apakah itu Program RAISE?

Mereka telah pun melaporkan diri di industri Instruments Technology (Johor) Sdn. Bhd. (INTECH), Kawasan Perindustrian Larkin, Johor.

Sebulan yang lalu, mereka telah dilatih dalam latihan asas teknikal mengikut permintaan industri di Pusat Latihan Kemahiran DTAC.

Bagaimana Belia Sabah sertai Program RAISE?

Belia Sabah menyertai Program RAISE melalui tawaran temuduga terbuka di setiap daerah terpilih di Sabah dan melalui penularan di media-media sosial.

Program RAISE, Latihan Jangka Pendek Dan Terus Bekerja Dalam Masa 20 Hari

Mereka di temuduga oleh wakil dari Pusat Latihan Kemahiran DTAC dan wakil dari INTECH melalui ujian saringan pertama.

Ujian saringan tersebut adalah seperti membaca, menulis, mengira, ujian minda dan ujian mata.

Bagaimana Belia Sabah dilatih?

Setelah di senarai pendek calon-calon yang ditemuduga di Sabah, mereka akan terus dihantar ke Pusat Latihan Kemahiran DTAC untuk latihan asas industri.

Latihan asas di jalankan selama lebih kurang sebulan.

Latihan asas dalam Program RAISE adalah seperti safety 5S, basic electrical maintenance, basic electronic equipment maintenance dan punctuality.

Mereka akan ditemuduga kali 2 iaitu temuduga dalam situasi sebenar yang diadakan di Pusat Latihan Kemahiran DTAC.

Temuduga terbuka bersama industri di Johor

Tahniah Belia Sabah yang telah berjaya!

Pihak DTAC ucapkan tahniah kepada belia-belia Sabah yang telah disunting dan teruskanlah berusaha untuk mendapat tempat yang terbaik.

Gunakan peluang terbaik ini untuk capai matlamat masing-masing dan kami sentiasa mendoakan semua.

RelatedPost


Leave a Reply

Arkib

Carian