Sudah menjadi kebiasaan dan keutamaan setiap tahun pada bulan Ramadan Kareem, kami menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar bersama staf dan pelatih-pelatih.
Program seperti ini sangat dituntut dalam Islam kerana dapat mengimarahkan bulan diturunkan Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW.
Disamping itu dapat bersama-sama menghayati bulan Ramadan Kareem itu sendiri.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam majlis khatam Al-Quran dan Iftar adalah seperti,
#1. Khatam Al-Quran.
#2. Gotong-royong persiapan iftar.
#3. Iftar bersama staf dan pelatih.
#4. Solat berjemaah.
Aktiviti-aktiviti Majlis Khatam Al-Quran Dan Iftar
Khatam Al-Quran
Semua staf dan pelatih-pelatih terlibat dalam majlis khatam tersebut dan secara tak langsung dapat memperbetulkan bacaan Al-Quran.
Gotong-royong Persiapan Iftar
Kebiasaan bagi kami bersama-sama pelatih-pelatih sejak dari dulu adalah bergotong-royong dalam penyediaan atau persiapan untuk berbuka puasa, Iftar.
Ternyata dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara staf dan pelatih-pelatih di samping melatih pelatih-pelatih lebih ringan tulang dalam menjalani kehidupan.
Iftar Bersama Staf Dan Pelatih
Setelah seharian menjalankan aktiviti khatam Al-Quran dan persiapan juadah bebuka puasa, tiba masa untuk berbuka bersama-sama pada waktu berbuka.
Suasana seperti berbuka puasa bersama-sama keluarga masing-masing.
Solat Berjemaah
Rasanya tidak lengkap apabila semua aktiviti dijalankan bersama tapi tidak pula solat secara berjemaah.
Untuk lebih penghayatan dan mensyukuri nikmat Allah, staf dan pelatih-pelatih DTAC bersama-sama solat secara berjemaah.
Bermula aktiviti pagi dengan solat sunat Dhuha berjemaah.
Kemudian solat Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak berjemaah.
Leave a Reply