5 Kelebihan Derma Darah, Ramai Netizen Yang Tak Tahu

Derma darah? Mendengar perkataan tersebut sahaja sudah mampu membuat ramai yang gerun dan cemas.

Langsung terbayangkan jarum yang tajam yang menembusi bahagian kulit dan urat dan mengeluarkan darah.

Mungkin mereka takut dengan jarum? Atau takut melihat darah?

Tidak kira apa pun alasannya, sebenarnya orang yang derma darah sangat dipandang mulia oleh agama dan masyarakat.

Kenapa orang yang derma darah dipandang mulia?

Derma darah adalah perbuatan mulia kerana,

#1  Darah ada tarikh luput

Ya, bekalan darah sebenarnya juga ada tarikh luput bergantung kepada cara dan jenis kategori penyimpanan.

Oleh itu, bekalan darah mesti beterusan agar dapat meneruskan hayat penyimpanan darah di unit tabung darah hospital.

Simpanan darah yang berterusan dapat selamatkan lebih banyak nyawa.

#2  Darah tiada pengganti

Tiada lagi teknologi canggih yang terdapat pada masa kini yang boleh menggantikan atau menghasilkan darah.

Jadi, tabung darah sentiasa memerlukan keprihatinan orang ramai untuk menderma darah mereka.

#3  Darah selamatkan mangsa

Dalam situasai kecemasan, darah sangat diperlukan untuk mangsa-mangsa seperti,

#1  Mangsa kemalangan.

#2  Pembedahan.

#3  Wanita bersalin yang mengalami tumpah darah.

#4  Pesakit leukemia, barah atau haemophillia.

#5  Pesakit anaemia (kurang darah).

#6  Demam denggi berdarah.

Apakah 5 kelebihan derma darah?

Penderma darah tidak perlu bimbang akan menderma darah kerana perbuatan menderma darah mereka ada beberapa kelebihan seperti,

#1  Tahap kesihatan meningkat

Penderma darah yang dering menderma darah sentiasa akan berada dalam tahap kesihatan yang baik.

Setiap kali saringan penderma dilakukan, penderma akan diuji tahap kesihatan dahulu dan secara tak langsung akan tahu tahap kesihatan masing-masing.

Maka penderma akan sentiasa positif pada tahap kesihatan mereka.

#2  Darah lama diganti darah baru

Hebat bukan? Apabila anda menderma darah, darah sedia ada akan keluar dan mengurangkan kandungan darah di dalam tubuh.

Sebenarnya sumsum tulang akan dipaksa untuk keluarkan darah baru untuk ganti darah yang hilang.

#3  Kalori dibakar ketika menderma darah

Ketika anda menderma darah, sebenarnya perbuatan tersebut juga membakar kalori pada tubuh anda.

Menurut kajian ketika menderma kalori yang dibakar adalah sebanyak 650 kal.

Jadi teori yang mengatakan penderma darah akan naik berat badan adalah palsu.

#4  Risiko sakit jantung kurang

Risiko anda untuk diserang sakit jantung adalah 80% lebih rendah berbanding anda yang tidak menderma darah.

Kekerapan anda menderma darah dapat seimbangkan kandungan zat besi dalam tubuh anda.

Ini akan sebabkan risiko serangan sakit jantung berkurangan.

#5  Risiko kanser kurang

Ramai yang tak tahu, anda yang menderma darah secara konsisten juga dapat mengelakkan atau mengurangkan risiko kanser.

Pada zaman moden ini semakin ramai yang punyai risiko sakit kanser seperti,

#1  Kanser paru-paru.

#2  Kanser hati.

#3  Kanser perut.

#4  Kanser tulang.

#5  Kanser darah.

Dengan menderma risiko kanser-kanser tersebut dapat dielakkan atau dikurangkan.

Hebat kan?

Kesimpulan

Jadi atas rasa tanggungjawab antara manusia dengan manusia yang lain serta sifat perikemanusiaan yang tinggi, sama-sama kita ambil bahagian dalam kempen derma darah yang dianjurkan badan-badan tertentu.

Rujukan,

#1  5 kelebihan menderma darah yang mengejutkan anda.

Comments

One response to “5 Kelebihan Derma Darah, Ramai Netizen Yang Tak Tahu”

  1. Faisal Amirul Avatar
    Faisal Amirul

    Jom sertai Kempen Derma Darah DTAC Muar 2018!

    Sila klik sini untuk maklumat lanjut,

    http://dtacmuar.com.my/kempen-derma-darah/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *