Juruteknik Mesin, Jawatan Yang DItawarkan Selepas Tamat Program SKM

Juruteknik Mesin, Jawatan Yang Ditawarkan Selepas Tamat Latihan Program SKM

Juruteknik Mesin adalah salah satu jawatan yang digemari dan menjadi pilihan belia-belia dalam kerjaya industri.

Program Sijil Kemahiran Malaysia (Program SKM) pula adalah kursus yang melatih belia-belia dalam pelbagai kemahiran dan dianugerahkan sijil yang diiktiraf.

Masalah Mahu Jadi Juruteknik Mesin?

Lazimnya masalah yang berlaku ke atas ramai belia adalah tidak mencapai kelayakan untuk menjawat jawatan sebagai Juruteknik Mesin.

Ia merupakan masalah utama mereka adalah gagal dalam kelulusan akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Pentaksiran Peperiksa Tingkatan 3 (PT3).

Ramai yang menyerah terlalu awal kerana tidak tahu bagaimana mereka boleh bantu diri mereka untuk melangkau lebih jauh dalam kerjaya kerana masalah akademik.

Ini adalah kerana kekurangan pendedahan mengenai program-program yang disediakan seperti Program SKM.

Sebenarnya melalui Program SKM, mereka mampu untuk capai cita-cita yang diidamkan dan mampu terus pergi lebih baik.

Program SKM Bantu Jadi Juruteknik Mesin?

Ya, Program SKM mampu untuk membantu belia-belia yang mempunyai cita-cita dan berazam untuk berjaya dalam kerjaya dan punyai masa depan yang cemerlang.

Di Pusat Bertauliah (PB) DTAC, kami telah bantu ramai belia mencapai impian mereka dan telah pun bekerja sebagai Juruteknik Mesin di industri-industri ternama seperti CTRM, Kayaku, Seiko dan banyak lagi.

Program SKM sangat membantu belia dari lepasan PT3 dan SPM.

Berminat Sertai Program SKM Dan Jawatan Juruteknik Mesin?

Sebenarnya, perjalanan belia-belia lepasan PT3 dan SPM tidak tamat disitu malah boleh berubah 360 darjah selepas menjalani latihan dalam Program SKM.

Jangan sia-siakan masa muda anda dan anda perlu tahu bahawa jalani latihan kemahiran tidak semata-mata teori kerana kemahiran berteraskan 70% amali dan 30% teori.

Maksudnya, anda lebih banyak latihan kerja tangan (hands-on) dan projek akhir berbanding hanya teori semata-mata.

Jadi? Ia sebenarnya sangat mudah untuk lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan mencapai impian anda memegang jawatan Juruteknik Mesin.

Teruskan bersama kami dan dapatkan berita, artikel, aktiviti dan galeri terkini di laman media sosial, Facebook dan Instagram.

Klik bawah untuk pra-daftar!

Daftar Kursus latihan Kemahiran Mekatronik

RelatedPost


Comments

One response to “Juruteknik Mesin, Jawatan Yang Ditawarkan Selepas Tamat Latihan Program SKM”

  1. […] #3  Juruteknik Mesin, Jawatan Yang Ditawarkan Selepas Tamat Latihan Program SKM. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *