Adakah anda tergolong dalam kategori berikut,
- Masih belum mendapat pekerjaan?
- Gaji kecil?
- Belia-belia yang berada di luar bandar?
- Berada jauh dari kawasan industri?
- Ingin berubah dan ingin bina kerjaya dalam industri di Malaysia?
Ya, anda yang kami cari!
Kami mencari belia-belia luar bandar untuk diberi latihan kursus jangka pendek dan terus diserap bekerja.
Program ini dinamakan Program RAISE (Rural Accelerated Industry Skill for Employment) bagi kursus Basic Technical Skills in Industry (BTSI).
Sila rujuk di laman HRDF, Program RAISE.
Bagaimana Anda Di Bantu Dalam Program RAISE?
Anda akan dibantu melalui proses berikut,
- Tawaran pekerjaan di sektor-sektor perindustrian terkenal di Johor.
- Dilatih dalam Basic Technical Skills in Industry (BTSI) selama 20 hari (tidak dikenakan bayaran).
- Gaji tetap yang lumayan.
- Penginapan disediakan.
- Tiket kapal terbang dibayarkan (bagi peserta Sabah dan Sarawak).
- Gaji minimum RM1100 wajib kepada belia-belia luar bandar ini.
Apakah Ciri-ciri Program RAISE
Anda akan dilatih terlebih dahulu oleh tenaga-tenaga pengajar yang bertauliah di Pusat Bertauliah (PB) yang berpengalaman lebih 8 tahun.
Anda di latih di pusat latihan yang bertauliah.
Laithan yang disediakan adalah latihan singkat untuk terus diserap ke industri (short course).
Pusat Bertauliah (PB) anda telah bersedia sepenuhnya dan penuh yakin sebelum masuk ke industri.
Apakah Kelebihan Sertai Program RAISE?
Anda akan dapat kelebihan tersebut semasa latihan dan semasa bekerja di industri masing-masing.
Kelebihan Semasa Latihan Program RAISE
- Latihan yang disediakan adalah mengikut situasi (simulation) kerja sebenar.
- Bilik kuliah berhawa dingin dan selesa.
- Lokasi kerja berhampiran dengan lapangan terbang.
- Peluang kenaikan gaji dan pangkat.
Kelebihan Jika Diterima Bekerja
- Penerbangan ke Johor Bahru PERCUMA ditanggung sepenuhnya.
- Asrama yang selesa disediakan sepanjang latihan TANPA BAYARAN.
- Bahan makanan disediakan sepanjang latihan.
Kelebihan Semasa Bekerja
- Rumah diseiakan majikan secara PERCUMA.
- Pengangkutan disediakan PERCUMA.
Syarat-syarat Untuk Sertai Program RAISE
- Program ini khas untuk belia luar bandar (20km jauh dari ibu negeri/pusat bandar).
- Berumur antara 18-25 tahun sahaja.
- Boleh menulis, membaca dan mengira.
Subjek-subjek Dalam Latihan Program RAISE
- Safety 5S.
- Basic Electrical Maintenance.
- Basic Electronic Equipment Maintenance.
- Punctuality.
Daftar Program RAISE
Tempat terhad! Daftar segera!



saya dah berusia 39 tahun, adakah peluang untuk saya ?
Saya berasal dari pahang, dan merantau bekerja di johor. Adakah saya layak untuk ikuti program ni? Selain itu, selama tempoh 20 hari tu saya bekerja sambil belajar atau macam mana? Terima kasih
Terima kasih kerana respon dengan kami.
Maaf tuan, program RAISE hanya untuk mereka yang berasal dari Sabah dan Sarawak sahaja.
Harap dapat membantu dan salam kemahiran.
anak cina berumur 16 tahun, kurang minat belajar tapi minat industri fileman
Terima kasih atas respon puan.
Maafkan kami, kurang pasti kursus atau industri yang puan maksudkan.
Boleh pastikan bidang yang dimaksudkan?
Adakah kursus singkat terus berkerja RAISE
terbuka kepada semua rakyat Malaysia
Tidak tuan.
Program RAISE ada syarat-syarat seperti dalam artikel berikut,
http://dtacmuar.com.my/kursus/program-raise/
Saya tidak mempunyai apa-apa siji kelayakan akademik, hanya sekadar tamat tingkatan 5 sekolah menengah agama ( arab ). Adakah saya layak untuk memohon kursus singkat dan bekerja dalam masa 20 hari tersebut. Terima kasih
Terima kasih keran hubungi kami.
Paling minima adalah 16 tahun ke atas dan punyai Sijil Tamat Sekolah.
Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut.